Bisnes

Dapatkan khidmat nasihat tentang penjenamaan, pemasaran dan kerja sosial dari Matasura Services

Booking.com

Wednesday, December 4, 2013

Negara Maju dan Tahap Kesihatan Mental

Kini kita sudah hampiri penghujung 2013 dan dikejutkan dengan berita jenayah yang tidak masuk akal. Baru-baru ini kecoh satu Malaysia tentang kehilangan tiga adik beradik dimana mangsa dirogol dan dibunuh. Umur mereka yang setahun jagung ini membuatkan kita semua terfikir mengapa masih ada manusia yang sangat rakus dan kejam yang sanggup bertindak sedemikian. Mengapa semua ini berlaku? Dan mengapakah jenayah sebegini semakin menjadi-jadi? Ada yang berpendapat kes jenayah sebegini meningkat sejajar dengan kemajuan sebuah negara. Fakta sebegini...

Wednesday, November 20, 2013

Villa Nabila dan Penjenamaan

Kali ini seluruh Malaysia dikejutkan dengan kehilangan seorang remaja di Johor apabila sekumpulan remaja sengaja ingin melawat Villa tersebut. Kebetulan cuti sekolah baru sahaja bermula dan pelbagai aktiviti sudah bermain dalam fikiran. Cuti yang panjang ini bererti pelbagai perkara dan aktiviti dapat dijalankan.  Saya agak terkejut juga apabila mendapat tahu pada mulanya 27 orang telah hilang apabila masuk ke rumah banglo tersebut. Kemudian tersebar pula yang bahawa hanya seorang sahaja yang telah hilang. Info bergerak begitu pantas sekali...

Thursday, October 17, 2013

How Many Customers is Enough?

The sad truth is that you’ll never know the answer to this question…and, to be honest, the answer to “how many customers do we need to talk to” is about the same as the Supreme Court definition of pornography…”you’ll know it when you see it.” Two quick anecdotes tell the tale: Tale One: Four customers are occasionally enough! One startup team I worked with in the warehouse automation industry made a grand total of four customer discovery calls and called me saying, “Professor, what do we do now? You told us to talk to 50 customers and we've heard...

Matasura Services Sediakan Servis Untuk Syarikat SME

Matasura Services (MS) sebuah syarikat baru dengan pengalaman lebih dari lima tahun dalam industri kini menawarkan servis serta konsultasi untuk syarikat-syarikat kecil (SME). Fokus utama MS ialah untuk memberi perkhidmatan profesional kepada syarikat serta peniaga kecil yang merangkumi servis design, marketing (pemasaran), branding (penjenamaan) dan corporate social responsibility (CSR). Servis diberikan secara kontrak dari sebulan hingga setahun...

Wednesday, September 11, 2013

Kepimpinan dan Parti Politik

Apabila diminta untuk menulis berkenaan dengan pimpinan UMNO, saya terkedu seketika. Jarang sekali  saya menulis berkenaan dengan hal-hal melibatkan politik, kerana bagi saya, biarlah mereka yang lebih arif menulis berkenaan dengan hal-hal politik Tanah Air.  Kepimpinan ini adalah suatu yang amat subjektif. Apa yang saya pelajari sekarang (semester akhir MBA dalam pengurusan strategik) di sebuah IPTA tempatan, kepimpinan sebuah...

Wednesday, September 4, 2013

Mi Rebus di KLIA

Kini di outlet Malaysian Recipe Cafe (MRC) di KLIA menyediakan mi rebus sebagai menu tambahan bagi tahun ini. Mi rebus ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan terutama daripada pelancong-pelancong dalam negara serta dari negara-negara jiran seperti Indonesia, Singapura, dan Thailand. MRC yang terletak di bangunan Satelite Gate C31-C37, KLIA ini menyediakan pelbagai juadah tempatan seperti nasi lemak, nasi beriyani, asam laksa dan lain-lain...

Wednesday, August 28, 2013

Merdekanya Kita

Kemerdekaan, sebuah erti yang cukup bermakna buat rakyat Malaysia. Sejarah mengajar kita bagaimana erti hidup sabar terutama sekali semasa zaman penjajahan. Perit jerih pejuang-pejuang kemerdekaan ini dinikmati oleh kita zaman sekarang. Sudah 56 tahun berlalu, keamanan dan kebebasan yang dikecapi ini adalah nikmat yang patut disyukuri. Bagi saya erti sebuah kemerdekan itu ialah kebebasan. Kebebasan untuk menentukan hala tuju sendiri, atau...

Thursday, August 15, 2013

Sandwich di Old Malaya Kopitam KLIA

Old Malaya Kopitiam Club Sandwich Kerja di KLIA ini sememangnya pasti akan singgah dimana-mana restoran terutama sekali dalam bagunan satelit KLIA. Terdapat pelbagai pilihan makanan dan  yang menyajikan makanan tempatan Malaysia dan campuran makanan barat ialah Old Malaya Kopitiam dan Malaysian Recipe Cafe. Old Malaya Kopitiam ini terletak di bangunan Satelit KLIA Gate C11-C17 dan Malaysian Recipe Cafe juga terletak di bangunan Satelit...

Wednesday, July 24, 2013

Isu Menggugat Keharmonian Negara

Sudah masuk minggu kedua bulan Ramadan dan tiba-tiba kita dikejutkan dengan ancaman pengganas Sulu yang dikhabarkan ingin menyerang Sabah buat kali kedua. Maklumat ini yang masih samar-samar kesahihannya ini seharusnya diambil serius oleh pihak berkuasa terutama sekali Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi memastikan keselamatan negara berada dalam keadaan baik. Namun begitu, saya pasti pihak KDN sudah mengambil langkah berjaga-jaga dan mempunyai maklumat-maklumat sejauh mana kesahihan informasi ini. Kita tidak mahu negara kita secara tiba-tiba...

Wednesday, July 17, 2013

Buffet Ramadhan 2013

Pelbagai buffet Ramadan ditawarkan dan kebanyakannya bernilai lebih RM50 ke atas dan ada yang menjangkau lebih RM100. Di sini saya kongsikan buffet dengan harga yang berpatutan, hanya RM28.90+ bersamaan dengan RM31 di Old Malaya Kopitiam, Seksyen 7 Shah Alam.  Makanan di Old Malaya Kopitiam ini antara terenak pernah saya rasa berbanding dengan kopitiam yang lain. Mungkin pada yang masih tercari-cari buffet Ramadan yang harganya murah,...

Thursday, June 27, 2013

Jerebu Negara dan Jerebu Politik

Setiap tahun kita saksikan jerebu di negara kita dan tahun ini dikatakan jerebu semakin teruk dengan Indeks Pencemaran Jerebu (IPU) melebihi 600 dibeberapa lokasi di Selatan Tanah Air. Kebanyakan negeri membenarkan sekolah ditutup kerana bimbang dengan kesihatan pelajar dan murid. Sebuah kenyataan dari kementerian juga telah membenarkan untuk pentadbiran sekolah untuk umumkan cuti sendiri sekiranya melihat keadaan jerebu ini tidak surut. Tidak...

Wednesday, June 12, 2013

Amal Jariah Menjelang Ramadhan

Bulan Ramadan sudah tinggal kurang dari sebulan dan sudah ramai yang mula ingat-mengingati terutama di laman sosial seperti Facebook. Bulan puasa ini sememangnya akan jadi tumpuan orang ramai untuk melakukan amal jariah. Kebanyakan rumah-rumah kebajikan dan badan bukan kerajaan akan menerima banyak sumbangan hasil dari keprihatinan orang ramai. Melakukan amal jariah ini boleh dilakukan dengan banyak cara. Dari menyumbang ke tabung-tabung...

Wednesday, May 29, 2013

Isu Jenayah Semakin Menjadi-jadi

Isu jenayah semakin menjadi-jadi di negara kita. Kejadian demi kejadian berlaku seolah-olah manusia sudah hilang arah dan hala tuju. Namun apakah puncanya berlaku kegiatan jenayah ini? Taraf hidup semakin meningkat, ramai yang hidup tertekan dan mempunyai tahap stress yang tinggi. Hidup di kota metropolitan seperti Kuala Lumpur ini sememangnya memerlukan kos yang tinggi. Pendapatan sekeluarga RM3000 juga dikira sebagai miskin bandar dan pasti...

Wednesday, May 15, 2013

Apa Pula Selepas PRU13?

Masih di media sosial, ramai lagi yang masih bergelumang dengan perihal politik yang seperti tiada penghujungnya. Keputusan PRU13 sudah diputuskan dan setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Baik dari pihak yang menang atau kalah. PRU yang berikutnya akan berlangsung lagi lima tahun. Yang sudah lepas itu, biarlah ia berlalu. Secara umumnya, seluruh rakyat Malaysia mempunyai keinginan yang sama. Melihat negara yang lebih gemilang dan...

Wednesday, May 8, 2013

Keputusan PRU13

Selesai sudah Pilihanraya Umum yang ke 13. Bagi saya, PRU13 kali ini agak mendebarkan lagi-lagi apabila keputusan keseluruhan diumumkan selepas jam 12 tengah malam. Keputusan PRU kali ini menunjukkan kemenangan bagi pihak Barisan Nasional sekali lagi yang akan memerintah selama 5 tahun. Apabila dilihat di laman sosial, terdapat pihak-pihak yang tertentu yang kurang berpuas hati dengan keputusan pilihanraya kali ini. Ketelusan pihak SPR dipertikai...

Wednesday, May 1, 2013

Kempen Pilihanraya Terakhir Sebelum PRU13

Antara gambar yang tersebar di laman sosial media Minggu ini adalah minggu terakhir untuk kempen pilihanraya. Secara umumnya, parti mana yang lebih menarik kempennya? Yang mungkin dapat menarik lebih banyak pengundu terutama yang berada di atas pagar? Sepanjang musim berkempen ini, kita dapat lihat dari pelbagai perspektif tentang cara parti-parti politik ini berkempen. Bagi Barisan Nasional (BN) yang antara komponen utamanya ialah UMNO, MCA,...

Wednesday, April 24, 2013

Kempen PRU 13

Pengumuman calon bagi setiap Parlimen dan DUN selesai dijalankan dari kini semua menanti bagi menghadapi pilihanraya yang bakal dilangsungkan pada 5 Mei 2013 ini. Bendera serta kain rentang dipacak dimerata tempat menunjukkan kesungguhan setiap parti berkempen bagi memenangi kerusi yang dipertandingkan setiap lima tahun ini. Secara peribadi, saya lihat pilihanraya kali ini lebih meriah berbanding dengan pilihanraya sebelum ini. Pelbagai teknik...

Wednesday, April 3, 2013

Parlimen Akhirnya Dibubarkan

Akhirnya parlimen sudah dibubarkan selepas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkannya hari ini pada jam 11.30 pagi. Kini tanggungjawab orang ramai untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing bagi pilihanraya akan datang. Maka terjawab segala spekulasi tentang tarikh pembubaran ini selepas Negeri Sembilan secara langsung dibubarkan secara rasmi. Hari ini 3 April 2013, genaplah empat tahun pemerintahan selepas PRU yang ke 12...

Tuesday, March 26, 2013

Pembubaran Parlimen

Kecoh ura-ura tentang bila pembubaran parlimen akan berlaku. Ramalan demi ramalan sejak dari tahun lepas sehingga kini tidak pernah lekang lagi-lagi dalam laman sosial media seperti Facebook dan Twitter. Paling hampir, ialah kerajaan Negeri Sembilan bakal dibubarkan. Tarikh pembubaran parlimen ini amat sinonim dengan pengumuman tarikh pilihanraya umum yang ketiga belas. Pembubaran parlimen dan pilihanraya ini adalah satu proses demokrasi di negara kita. Orang ramai sebaiknya meneruskan kehidupan seperti biasa dan hanya menyerahkan pengumuman...

Wednesday, March 13, 2013

Pertahankan Sabah!

gambar ihsan dari laman FB VAT 69 - Perjuangan Semalam Situasi di Sabah kini berlanjutan hingga ke hari ini. Dan terkini salah seorang dari tentera kita terbunuh dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu. Menurut Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, sehingga kini sembilan anggota keselamatan terkorban dalam insiden pencerobohan itu manakala 57 penceroboh militan ditembak mati.  Kita bersyukur...

Saturday, March 9, 2013

Blue Ocean Strategy From My Point of View

From my point of view, it will almost be impossible to eliminate competitors unless the innovation is a breakthrough and it is a tacit knowledge. A successful implemented Blue Ocean Strategy might only last in an interval period, as other competitors will start to come out with similar services or products related to the existing one. The application done by companies or government agency might only cover some of the part in Blue Ocean Strategy...

Saturday, March 2, 2013

Bagaimana untuk Tarik Perhatian Peminat Baru di Fanpage Facebook

Banyak fanpage Facebook yang berusaha keras untuk menghasilkan post yang kreatif yang dapat menarik perhatian peminat sendiri dan peminat-peminat baru. Bom Kitchen, sebuah perniagaan Char Kuey Teow di Keramat dan satu lagi cawangan di Ipoh telah menggunakan kaedah kuiz cari perkataan. Menurut unit pemasaran Bom Kitchen, dengan kaedah ini admin Bom Kitchen dapat membuatkan peminatnya di Facebook untuk mula mencari perkataan-perkataan tersembunyi....

Thursday, February 28, 2013

Iklan Amal yang Kreatif

Iklan amal yang kreatif menggunakan selebrit...

Wednesday, February 27, 2013

Artis dan Politik

Pilihanraya semakin hangat diperkatakan dan parti politik sudah mula mengeluarkan manifesto masing-masing bagi menarik undi. Apa yang menarik, setiap kali menjelang pilihanraya, artis juga tidak ketinggalan untuk menyuarakan sokongan mereka terhadap mana-mana parti politik yang mereka minati. Sokongan artis terhadap sesebuah parti politik sedikit sebanyak akan membantu mempengaruhi undian masyarakat umum menjelang pilihanraya kelak. Melihat dari satu sudut, penglibatan artis dalam arena politik ini sebenarnya akan menimbulkan pelbagai persepsi...

Friday, February 15, 2013

Promosi Char Kuew Teow di Bom Kitchen

Bom Kitchen yang terkenal dengan Char Kuey Teow C4 kini mengadakan promosi dengan membeli 2 akan dapat percuma 1 untuk setiap pembelian Char Kuey Teow Grenade (saiz besar). Setiap pelanggan yang berminat untuk tawaran ini hanya perlu dapatkan kupon di laman Facebook Bom Kitchen di http://www.facebook.com/bomkitchen. Orang ramai hanya perlu print kupon diskaun dan serahkan semasa membuat pembayaran.  Tawaran...

Wednesday, February 13, 2013

Tahun Baru Cina dan Perpaduan

Baru-baru ini cuti panjang dan ramai berpeluang untuk pulang ke kampung halaman. Tahun Baru Cina ini merupakan antara salah satu perayaan yang mendapat dua hari cuti di negara kita. Setiap perayaan ini melambangkan perpaduan dan keharmonian. Kita beruntung di Malaysia, semua dapat merayakan perayaan masing-masing tanpa sebarang halangan. Negara kita unik, kerana kita terdiri daripada pelbagai jenis kaum. Hidup harmoni antara satu sama lain. Tahun Baru Cina ini amat sinonim dengan limau mandarin dan angpow. Setiap tahun saya akan terima buah...

Wednesday, February 6, 2013

Lambakan Berita Politik yang Tenat

"Listening to negative people can make you dumb" ~Anonymous Tinggal sebulan sahaja lagi sebelum Mac 2013, tarikh yang dikatakan bakal berlangsung pilihanraya umum yang ke 13 di Malaysia. Berita berkenaan dengan parti politik semakin hangat di media massa terutama sekali di kaca televisyen dan juga di laman media sosial. Apabila lambakan informasi mengenai perihal politik negara ini semakin bertambah, maka info-info yang tidak tahu punca kesahihannya juga timbul. Setiap pagi sebelum memulakan kerja, saya akan buka laman Facebook untuk...

Tuesday, January 22, 2013

Calon Pilihanraya PRU13

Pilihanraya sudah semakin hampir. Bakal calon pun mungkin sudah dikenalpasti bagi setiap parti. Bila dilihat dari aspek calon, semua ingin raihkan undi, dan pelbagai cara dilakukan. Paling popular ialah dengan menabur janji-janji manis yang pasti membuatkan masyarakat menaruh seribu satu harapan. Baik dari mana-mana parti sekalipun, hal sebegini pasti berlaku. Apa yang kita inginkan sebenarnya dari pilihanraya ini? Saya tertarik dengan kata...

Tuesday, January 15, 2013

Isu Kalimah Allah

"We think too much and feel too little. More than machinery, we need humanity. More than cleverness, we need kindness and gentleness..."~Charlie Chaplin Ayat pertama dari Charlie Chaplin ini sentiasa mengingatkan saya berkenaan dengan isu-isu semasa yang berlaku di Malaysia. Kebanyakan dari kita terlalu cepat memberi reaksi dan respon yang lebih cenderung kepada diri sendiri. Isu kalimah Allah untuk diguna pakai oleh yang bukan beragama Islam...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...