Bisnes

Dapatkan khidmat nasihat tentang penjenamaan, pemasaran dan kerja sosial dari Matasura Services

Kehidupan

Perihal kehidupan serta tips. (Gambar di Pos Betau, Pahang)

Motivasi

Motivasikan diri anda! (Gambar di Asrama Darul Falah (ASDAF), Bukit Persekutuan Kuala Lumpur)

Makan Angin

Makan angin di dalam dan luar negeri. (Gambar di Yangon, Myanmar)

Isu Semasa

Isu semasa di Malaysia dan luar negara. (Gambar di perkarangan Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis)

Booking.com
Showing posts with label branding. Show all posts
Showing posts with label branding. Show all posts

Tuesday, March 14, 2017

Apa yang Jenama Produk Malaysia Boleh Belajar Dengan Coca Cola



Hari ini berkesempatan untuk lawat World of Coca Cola. Coke ini berasal dari Georgia. Bila tengok cara perniagaan Coke ini, mereka sangat menitik beratkan consumer psychology dan experience.
What makes a Coke, Coke? Soalan yang pertama diberikan bila kami tiba di HQ Coca Cola ini. Ada yang memberi jawapan the taste, the supply chain, the brand. Tapi jawapan yang sebenarnya ialah Coke is about you! Yes Coke is all about you. The memories you had with Coke...

Engagement yang dilakukan antara jenama Coke dan pengguna menitik beratkan bagaimana diri pengguna dan Coke saling kait mengait. Memori antara Coke dan pengguna itu menggamit kenangan silam, kenangan yang membuatkan pengguna tersenyum dan lupa pada masalah dunia. Ini yang membantu penjenamaan Coke ke tahap yang lebih tinggi. Brand association dan brand attitute Coke yang membuatkan jenama Coke berbeza dengan jenama soda yang lain.

Oleh itu, bagi kita yang mempunyai jenama yang kita bawa, boleh perlahan2 praktik perkara yang sama. Bila kita sebut tentang branding, matlamat utama ialah bagaimana kita muat naik jenama produk atau servis kita dalam minda manusia atau pengguna supaya mereka sentiasa tertarik dengan jenama kita. Dan seterusnya membuatkan mereka beli atau gunakan produk kita. Sama juga dengan NGO. Kita bina identiti NGO kita dan eventually para dermawan dan sukarelawan akan datang serta merta.

Saya tertarik dengan quote terakhir di HQ Coca Cola mengatakan:
"We do not remember days, we remember moments..."~ Cesare Pavese
Muhammad bin Kamarulazizi
Konsultan
Matasura Services

Sunday, March 12, 2017

Bidang Peruncitan Genting Kerana GST



Setkan minda anda sebagai seorang peniaga yang berjaya.

Walmart adalah antara contoh pasaraya besar yang berkembang utuh kerana memahami kehendak pasaran setempat. Buka seawal pagi 6 pagi setiap hari dan pilihan barangannya sangat menarik dan sentiasa buatkan pelanggan yang datang rasa ingin belanja lebih. Cara susun produknya itu mengikut psikologi pengguna, mudah untuk pengguna terus lakukan pilihan untuk membeli tanpa berfikiran panjang.

Berbeza pula dengan pesaingnya, dahulu ada Kmart, antara pesaing terdekatnya yang kini sudah tutup lebih 10 tahun dahulu. Menurut buku "Kmart 10 Deadly Sins: How Incompetence Tainted an American Icon", antara sebab Kmart tutup adalah kerana gagal memahami perubahan yang berlaku dalam consumer behavior dan kegagalan dalam brand management nya yang akhirnya persepsi pengguna terhadap Kmart telah makan diri dan akhirnya bankrupt.

Bagi setiap perniagaan, adaptibility dalam marketplace shift itu sangat penting. Faktor harga lokasi, harga, promosi dan product (4ps dalam marketing mix) tidak cukup dan sebab itulah wujudnya teori baru iaitu 7ps dan 4 cs yang lebih consumer driven. Fahami apa yang pelanggan mahu, buatkan mereka rasa ingin berbelanja lebih dengan cara "semula jadi" dan perniagaan anda akan terus relevan walaupun dapat tekanan dari faktor luaran yang mencabar seperti GST.

Muhammad bin Kamarulazizi
Consultant
Matasura Services

Friday, October 21, 2016

Konsultasi Perniagaan di Facebook



Adakah anda ingin membuka akaun perniagaan di Facebook tetapi tidak tahu caranya?

Adakah anda ingin letakkan gambar dan promosi produk anda tetapi tidak tahu caranya?

Adakah anda ingin tahu cara pemasaran perniagaan di Facebook yang paling mudah yang tidak perlukan kemahiran atau pengetahuan IT?

Adakah anda ingin tahu cara untuk bina pelan pemasaran Facebook yang mudah difahami?

Hubungi kami, kami tawarkan konsultasi yang sangat berpatutan.

Sesuai untuk level beginner yang tiada langsung tahu menahu tentang pemasaran Facebook atau admin yang sudah mempunyai perniagaan di Facebook.

Konsultasi boleh dilakukan face to face (Lembah Klang) atau melalui Whatsapp.

Serendah RM30 sahaja untuk setiap sesi. Tidak perlu malu dan segan. Lakukan sekarang untuk perniagaan anda.

Konsultan berpengalaman 7 tahun dalam media sosial dan juga merupakan bekas pensyarah (subjek Internet Marketing) di UIA, Gombak

Hubungi kami di 0183800961 atau 0107789145

Wednesday, March 9, 2016

5 Kepincangan Kempen #RespectMyPM

Kredit gambar: You've got to earn it. (Reuters/Olivia Harris)
#RespectMyPM merupakan hashtag terbaru yang diusahakan oleh pihak kerajaan Malaysia bagi memulihkan persepsi masyarakat terhadap pimpinan tertinggi negara selepas kejadian Tun Mahathir meletakkan dari UMNO dan munculnya kumpulan Deklerasi Rakyat yang diketuai Tun M sendiri bagi memberi tekanan kepada DS Najib untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Permasalahan di sini apabila team komunikasi atau propaganda Jabatan Perdana Menteri (PMO) masih tidak memahami kehendak gen y dan barangkali kurangnya analisa faktor-faktor luaran (external) yang akan menggugat kempen yang diadakan ini. Tidak sampai seminggu, warga netizens sudah mula mencemuh kempen #RespectMyPM dengan menukarnya menjadi #InspectMyPM atau #SuspectMyPM lagi-lagi apabila melibatkan isu duit derma dan sebagainya.

antara poster yang dimuatnaik di Twitter

Kepincangan think tank komunikasi Perdana Menteri ini mengakibatkan Malaysia sekali lagi menjadi bahan jenaka bukan sahaja di Malaysia, bahkan di luar negara. Laporan dari BBC, Quartz dan Yahoo News yang terus memberi respon kurang dari 24 jam menunjukkan betapa cepatnya isu ini dimainkan dan usaha damage control sudah pasti sukar dilakukan dan dibiarkan begitu sahaja seperti selalu. Dari sudut propaganda, kempen ini akan menjadi lagi satu titik hitam dalam pengurusan persepsi (perception management) bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di mata dunia.

Berikut adalah kepincangan kempen #RespectMyPM

1- You gain respect, not forced to respect. Ini satu kesilapan, jika hashtag difokuskan kepada negara dan bukan kepada perdana menteri, maka persepsi rakyat akan berbeza. Sokongan kepada perdana menteri boleh ride on kepada sokongan kepada negara.

2- Meminta atau mengajak untuk hormat perdana menteri sebagai tindakbalas kepada team Tun M. Dalam keadaan sokongan berantai cybertroopers UMNO dan dari JASA tidak cukup kuat. Troops yang dicipta di Twitter mahupun akaun Facebook seperti tidak mempunyai arah yang tetap. Terlalu terbuka dan tiada objektif yang realisitik untuk dicapai apabila suatu isu atau kempen dimainkan.

3- Jabatan Perdana Menteri perlu sedar majoriti yang  akan backfire kempen ini adalah netizen sendiri dan bukan sekadar cybertroopers dari pihak pembangkang sahaja. Natural cybertroopers (netizens) adalah yang terbaik, kerana mereka akan memberi komen dan tindakbalas yang lebih natural dan datangnya daripada hati.

4- Persediaan untuk viral. Hashtag ini berjaya diviralkan tetapi harus diingat, viral ini boleh jadi kearah yang baik atau kearah yang lebih parah. Tindakan pantas netizens memberi respon atas kelemahan penggunaan perkataan (yakni respect dan PM) telah membuatkan berita ini terus dikaut oleh agensi berita antarabangsa.

5- Cara respon kepada team Tun M. Respon 24 jam dengan menggunakan hashtag ini adalah satu cara untuk mengalih (maneuver) perhatian daripada suatu isu. Pihak JPM seharusnya merangkakan kempen (sulit) yang membuatkan rakyat mula menyebut dan sentiasa menyebut tentang kebaikan PM. Bukannya gambar retorik "mesra rakyat" semata dengan bodyguard di sekeliling PM.

Apakah penyelesaiannya? Jika dilihat dengan mata rakyat marhaen, JPM masih belum memahami kehendak rakyat terutama sekali dari umur 18 hingga 40, iaitu remaja dan belia di negara ini. Pendekatan konsep "winning hearts and minds of the people" itu penting tetapi bagaimana pula kaedah impimentasinya? Secara perancangan strategik, konsep ini antara yang paling sesuai, tetapi perlaksanaannya (operation dan tactical) perlu rapi dan harus dilaksanakan oleh mereka yang tidak mempunyai kepentingan dalam politik. Maksudnya di sini dilakukan dengan profesional dan tidak mengharap kontrak jutaan ringgit semata-mata. Agensi propaganda dari luar negara adalah satu pilihan, cuma kepakaran dari sudut memahami budaya dan pemikiran rakyat Malaysia itu adalah satu kekurangan bagi agensi luar negara. Cara halus perlu diterapkan berdasarkan beberapa tiang (pillar) bagi mendokong objektif yang sebenar dan secara tidak langsung rakyat akan mula jatuh hati kembali kepada pimpinan negara.

Untuk perkhidmatan pyschological warfare mahupun yang berkaitan dengan perception management, boleh hubungi kami di matasura@yahoo.com untuk perbincangan lanjut.

Matasura

Thursday, October 17, 2013

Matasura Services Sediakan Servis Untuk Syarikat SME


Matasura Services (MS) sebuah syarikat baru dengan pengalaman lebih dari lima tahun dalam industri kini menawarkan servis serta konsultasi untuk syarikat-syarikat kecil (SME). Fokus utama MS ialah untuk memberi perkhidmatan profesional kepada syarikat serta peniaga kecil yang merangkumi servis design, marketing (pemasaran), branding (penjenamaan) dan corporate social responsibility (CSR). Servis diberikan secara kontrak dari sebulan hingga setahun atau on job basis.

Peluang sebegini cukup penting untuk perniagaan yang tidak mempunyai designer sendiri, atau berhasrat untuk mengembangkan perniagaan kepada target market yang lebih luas. Malah untuk penghasilan produk baru juga boleh mendapat perkhidmatan MS dengan harga yang amat berpatutuan. Servis konsultasi sebegini biasanya bernilai hingga puluhan ribu Ringgit dan kebanyakan syarikat besar sahaja yang akan menggunakan servis sebegini bagi mengukuhkan kedudukan perniagaan.

Namun begitu, MS mensasarkan perniagaan kecil, yang mempunyai azam yang besar untuk mengembangkan perniagaan, malahan juga sesuai bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan sendiri. Harga bermula dari RM300 untuk coaching serta nasihat dari pakar runding MS yang sudah lama bergiat dalam industri perniagaan dan merupakan lulusan sarjana pengurusan perniagaan.

Bagi yang berminat, boleh email ke matasura@yahoo.com atau hubungi saya sendiri di 0123377195.

Muhammad bin Kamarulazizi
Matasura Services
0123377195

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...