Booking.com

Thursday, June 13, 2019

Body Language Pengakuan Haziq Aziz



Gempar juga bila video tular yang dikaitkan dengan seorang lagi menteri. Disusuli pula dengan pengakuan dari seorang manusia yang dikatakan namanya Haziq Aziz, Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Md Akin.

Saya pun tak tahu benar atau tidak. Tetapi saya nak kongsikan apa yang boleh dilihat dari bacaan tubuh badan manusia yang lakukan pengakuan tersebut. Bukan bahasa tubuh badan video tular yang pertama.

Video yang dikongsikan durasinya ialah 34 saat dimuat naik di lama FB Haziq Aziz pada 12 Jun 2019 jam 2.31am. Sehingga ke tarikh hari ini, 13 Jun 2019, jam 6.54 pagi, video itu masih ada lagi.

Bila kita lihat video ini, peluang untuk baca body language adalah terhad. Kerana tubuh badannya kaku, tangan dan kaki tidak kelihatan. Tetapi wajahnya jelas. Dan di sini kita boleh baca bahasa tubuhnya melalui micro expression. Kita mula dari saat ke 34.

0034 - 0029 - 5 saat pertama eye contact dapat maintain depan kamera. Ini biasanya boleh dilakukan oleh amatur selepas beberapa kali percubaan rakaman. Hanya pembaca berita atau selebriti sahaja yang biasanya faham teknik eye contact depan kamera, dan dapat fokus mata pada kamera.

0029 - Mata pengaku cenderung ke kiri atas tubuh badan, biasanya bermaksud dia tidak selesa dengan apa yang dilakukannya. Atau erti kata pendek, aku nak lari dari semua ini.  Ini berlaku kurang dari setengah saat.

0028 - 0026 - Mata pengaku dah mula mengecil dan ini biasanya ingin menunjukkan tahap serius pengaku atau pengakuannya, tetapi bila dilihat di sini sebenarnya bermaksud dia dalam keadaan takut dan tertekan.

0026 - 0024 - Kali ini pengaku melihat ke sebelah kanan atas lebih dari sekali dan ini biasanya bermaksud dia sedang proses maklumat atau pesanan yang telah disampaikan.

0020 - Kening pengaku terangkat biasanya menunjukkan pengaku inginkan perhatian terhadap apa yang dikatakannya. Dan perkataan yang disebut masa dia mengangkat kening ialah "telah diambil" dari ayat penuh video tersebut telah diambil.

0019 - Sekali lagi pengaku melihat sebelah kanan yang biasanya membawa maksud dia sedang proses maklumat atau pesanan yang ada dalam fikirannya.

0018 - Kening pengaku terangkat sekali lagi, tetapi tidak tinggi. Ini biasanya bermaksud dia menekankan lagi perkataan yang disebutnya iaitu "Pada 11 Mei".

0018 - 0015 - Mata pengaku kerap berkelip tetapi dalam keadaan yang perlahan. Ini bererti tekanan perasaan pengaku semakin tinggi dan pengaku sudah mula rasa penat dengan apa yang ingin disampaikan. Pendek kata minat semakin berkurang.

0015 - 0000 -  Mata pengaku makin kerap berkelip menunjukkan tekanan semakin tinggi. Terutama sekali apabila menyebut SPRM untuk menyiasat. Matanya juga kerap ke kanan memastikan apa yang ada dalam fikiran selesai disampaikan. Tempo penyampaian juga jadi semakin laju untuk tamatkan terus pengakuan tersebut.

Ini adalah pengamatan body language dari saya sendiri dan tidak ada kaitan untuk berpihak pada mana-mana pihak. Perkongsian ini mungkin betul dan boleh juga jadi tidak betul. Jika pengaku mempunyai kemahiran body language yang mantap, mungkin bahasa tubuh badan ini tidak boleh diguna pakai.

Apa yang dilihat adalah dari pemerhatian saya sendiri sahaja. Semoga bermanfaat.

Muhammad bin Kamarulazizi
Strategic Consultant
Matasura Services


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...