Alhamdulillah saya berpeluang untuk ke Amerika Syarikat untuk melawat adik saya yang baru sahaja tamat belajar di Georgia Tech University. Adik saya yang bakal pulang ke Malaysia hujung bulan Mac 2017 ini, maka saya ambil kesempatan untuk melawatnya sebelum dia pulang terus ke Tanah Air. Hari ini saya sudah seminggu berada di sini, di Atlanta, Georgia.
Apabila merancang untuk ke Amerika Syarikat, perkara pertama sekali yang akan terlintas dalam kepala ialah untuk membeli belah terutama sekali di outlet. Outlet di US sangat berbeza dengan outlet di Malaysia. Saya biasa pergi ke JPO dan Mitsui Premium Outlet, tetapi harga yang ditawarkan masih agak mahal dan saya rasa kurang berbaloi untuk berbelanja di situ. Berbeza pula dengan outlet di US, ada masanya harga akan diskaun sehingga 70%, malah hingga ke 90%, bergantung kepada musim.
Antara jenama kegemaran seperlti Columbia, Corele dan Gymboree |
Banyak barangan produk berjenama terdapat dijual di outlet di US. Saya memilih untuk membeli barangan di sini kerana kualiti produknya. Nak dapatkan pakaian, beg dan lain-lain, kebanyakannya yang berjenama ini kualitinya terjamin. Oleh itu sebelum mula merancang budget untuk membeli belah, kategori harga perlu diketahui dahulu. Dan sebaiknya, compare harga dengan harga online dahulu supaya kita dapat nilai yang terbaik. Biasanya saya akan bandingkan dengan harga di Amazon. Jika di Amazon murah, maka saya order terus di Amazon. Saya kategorikan harga kepada 5 jenis.
1. Harga Butik
Harga butik ini ialah harga standard bagi barangan jenama tersebut. Contohnya jika nak beli Coach di butik biasa, harganya adalah harga pasaran dan produk yang dijual adalah up to date. Harganya akan lebih kurang sama dengan harga laman rasmi barangan berjenama tersebut.
Kitchen Aid, boleh dapat harga serendah $219 untuk mixer professional |
Converter yang diperlukan jika beli barang dapur elektrik seperti Kitchen Aid |
2. Harga Outlet
Harga di sini lebih murah dari harga di butik. Ini yang buatkan outlet sangat istimewa. Barangannya biasanya out of season, tetapi macam kita di Malaysia, tak kisah pun out of season, asalkan barang berjenama itu nampak cantik dan boleh pakai atau guna. Harganya boleh sampai 50% harga asal butik. Harga asal biasanya diletakkan juga pada tag supaya kita mudah untuk lihat berapa banyak diskaun yang diberikan. Contohnya jika beg Coach di butik harganya $600, harga di outlet boleh jatuh ke $300. Saya sempat melawat North Georgia Outlet Premium Outlets dan The Outlet Shoppes at Atlanta (ini outlet kegemaran saya). Nak tengok contoh jenama outlet yang ada seperti di sini.
3. Harga Outlet dengan Diskaun Tambahan
Ini uniknya outlet di Amerika Syarikat. Diskaun tambahan ini adalah diskaun atas diskaun. Ada masa sesetengah jenama akan lakukan diskaun lagi untuk pelanggannya. Sebagai contoh harga asal outlet beg Coach tadi ($300), ada lagi diskaun 50%, maka harganya akan turun lagi ke $150. Dan jika bernasib baik, manager kedai akan beri tambahan lagi 20% membuatkan harga menjadi $120. Tambahan 20% saya pernah dapat bila datang bila kedai outlet dah nak tutup sambil kita beri ayat manis kepada manager kedai tersebut. Boleh juga dapatkan rak yang ada label clearance, biasanya akan jatuh lebih murah.
Setiap outlet berdasarkan jenama. Sama seperti di Malaysia |
Antara sales yang ada di Outlet Guess |
4. Harga TJ Maxx, Marshall atau Ross
Ini juga adalah outlet yang jual pelbagai barangan berjenama tetapi lebih out of season. Jika outlet biasa out of season mungkin 2, 3 musim, outlet di TJ Maxx atau Marshall atau Ross ini out of season lebih dari setahun ke atas. Harga diskaun di sini akan diberikan berdasarkan harga asal outlet. Contohnya jika beg Coach berharga $300, mungkin harga di sini akan jadi $170. Outlet ini mempunyai pelbagai jenis pakaian berjenama seperti Tommy Hilfiger, Polo Ralph Lauren, Michael Kors dan lain-lain. Ada sesetengah barang saya lebih suka cari di sini seperti kaca mata hitam, jenama Tommy boleh dapat $10. Tali pinggang juga murah bawah $10. Jika pandai cari yang clearance (label merah), harganya akan lebih murah. Lagi satu jika nak beli beg Samsonite, disyorkan beli di sini kerana boleh dapat bawah $100 untuk saiz yang besar.
Kasut Nike disusun mengikut saiz kaki |
Contoh clearance di outlet True Religion |
Kasut Sketchers |
Mainan di outlet Toys R us |
beg Coach boleh dapat serendah $19.99 |
5. Harga The Thrift Store.
Ini kedai paling murah. Jika di Malaysia sama taraf dengan kedai bundle. Baju boleh dapat semurah satu Dollar. Tetapi di sini ada baju baru dan juga terpakai. Jika nasib baik, bolehlah jumpa baju baru yang masih elok. Saya bila travel ke US, cuma bawa beg galas dengan 2 atau 3 helai baju sahaja. Jejak kaki di US, saya terus ke Thrift Store untuk cari baju untuk hari-hari berikutnya. Alhamdulillah saya dapat baju baru Nike, Columbia dan Greg Norman dengan harga 50 cent, ada juga sedollar.
Rujukan di atas ini lebih tertumpu untuk negeri yang saya lawat, iaitu Atlanta, Georgia. Nama bagi TJ Maxx, Marshall atau Ross mungkin berbeza di negeri lain. Jika TJ Maxx tiada di negeri lain, mungkin nama yang lain yang sama seperti TJ Maxx. Oleh itu rancang perbelanjaan anda. Buatkan senarai barang yang ingin dicari dan sediakanla duit yang secukupnya. Jangan lupa bawa jaket kerana ada masa angin yang lalu buatkan diri rasa sejuk. Jika ada pertanyaan atau cadangan, boleh terus komen di bawah. So all the best!
Muhammad bin Kamarulazizi
Atlanta, Georgia, USA