Booking.com

Sunday, March 12, 2017

Bidang Peruncitan Genting Kerana GST



Setkan minda anda sebagai seorang peniaga yang berjaya.

Walmart adalah antara contoh pasaraya besar yang berkembang utuh kerana memahami kehendak pasaran setempat. Buka seawal pagi 6 pagi setiap hari dan pilihan barangannya sangat menarik dan sentiasa buatkan pelanggan yang datang rasa ingin belanja lebih. Cara susun produknya itu mengikut psikologi pengguna, mudah untuk pengguna terus lakukan pilihan untuk membeli tanpa berfikiran panjang.

Berbeza pula dengan pesaingnya, dahulu ada Kmart, antara pesaing terdekatnya yang kini sudah tutup lebih 10 tahun dahulu. Menurut buku "Kmart 10 Deadly Sins: How Incompetence Tainted an American Icon", antara sebab Kmart tutup adalah kerana gagal memahami perubahan yang berlaku dalam consumer behavior dan kegagalan dalam brand management nya yang akhirnya persepsi pengguna terhadap Kmart telah makan diri dan akhirnya bankrupt.

Bagi setiap perniagaan, adaptibility dalam marketplace shift itu sangat penting. Faktor harga lokasi, harga, promosi dan product (4ps dalam marketing mix) tidak cukup dan sebab itulah wujudnya teori baru iaitu 7ps dan 4 cs yang lebih consumer driven. Fahami apa yang pelanggan mahu, buatkan mereka rasa ingin berbelanja lebih dengan cara "semula jadi" dan perniagaan anda akan terus relevan walaupun dapat tekanan dari faktor luaran yang mencabar seperti GST.

Muhammad bin Kamarulazizi
Consultant
Matasura Services

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...