Bisnes

Dapatkan khidmat nasihat tentang penjenamaan, pemasaran dan kerja sosial dari Matasura Services

Kehidupan

Perihal kehidupan serta tips. (Gambar di Pos Betau, Pahang)

Motivasi

Motivasikan diri anda! (Gambar di Asrama Darul Falah (ASDAF), Bukit Persekutuan Kuala Lumpur)

Makan Angin

Makan angin di dalam dan luar negeri. (Gambar di Yangon, Myanmar)

Isu Semasa

Isu semasa di Malaysia dan luar negara. (Gambar di perkarangan Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis)

Booking.com

Friday, April 10, 2015

Software Perakaunan Untuk Perniagaan yang Berdaftar dengan GST (Kastam)


Sejak bermulanya GST pada 1 April 2015, banyak perniagaan telah mula mengatur kembali sistem cash register atau pos system atau ecr bagi mengikut syarat GST yang telah ditetapkan. Antara isu yang paling hangat diperkatakan adalah berkenaan dengan resit dan juga invois. Syarikat yang perlu daftar GST dengan Kastam ialah syarikat yang jualannya melebihi RM500 ribu untuk setahun. Accounting software juga perlu dikemaskini bagi memastikan tiga file GST dapat dihasilkan iaitu GST Audit File (GAF), GST 03 Form dan GST Tap File. Ketiga-tiga file ini diperlukan nanti untuk report GST yang perlu dilampirkan kepada pihak Kastam seawal bulan Jun 2015 ini.

Saya mula mencari jenis software yang sesuai untuk digunakan, dan saya mencuba MyEG Accounting Tool software yang sangat sesuai digunakan terutama sekali business owner sendiri. Software perakaunan MyEG ini tampak mudah, dan dapat generate ketiga-tiga file yang diperlukan. Dan dengan promosi terkini, para peniaga boleh mencuba software ini secara percuma selama 6 bulan tanpa kos tersembunyi atau kontrak. Paling menarik, peniaga boleh menggunakan voucher RM1000 (SME Corp) bagi menggunakan accounting software ini setahun berikutnya. Software ini juga boleh dibeli dengan harga RM1000 untuk setahun.

contoh resit GST


pegawai MyEG yang menguruskan software perakaunan GST

Saya sendiri cuba gunakan software perakaunan MyEG, agak mudah walaupun saya bukannya back ground accounting.  Setiap barang keluar masuk dari vendor hingga pembekal boleh dimasukkan dan ini memudahkan peniaga melihat sendiri aliran wang masuk syarikat. Barang-barang yang dikenakan GST boleh disetkan mengikut kod-kod yang disediakan oleh Custom sendiri. Dan paling penting sekali software ini mendapat pengesahan daripada pihak Kastam.

layout bahagian hadapan

sebahagian dari layout software perakauanan GST MyEG

Software perakaunan MyEG ini juga mempunyai features margin scheme yang boleh digunakan oleh penjual kereta baru dan terpakai mahu pun recondition. Pada yang berminat untuk mendapatkan accounting software MyEG ini secara percuma untuk enam bulan, boleh hubungi terus pegawai MyEG untuk software GST iaitu Cik Siti Rafeah di 019-2744890 atau Encik Azam di 019-6939253. Untuk dapatkan cash register atau ECR atau post system juga boleh tanya terus kepada mereka.

Muhammad bin Kamarulazizi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...