Bisnes

Dapatkan khidmat nasihat tentang penjenamaan, pemasaran dan kerja sosial dari Matasura Services

Kehidupan

Perihal kehidupan serta tips. (Gambar di Pos Betau, Pahang)

Motivasi

Motivasikan diri anda! (Gambar di Asrama Darul Falah (ASDAF), Bukit Persekutuan Kuala Lumpur)

Makan Angin

Makan angin di dalam dan luar negeri. (Gambar di Yangon, Myanmar)

Isu Semasa

Isu semasa di Malaysia dan luar negara. (Gambar di perkarangan Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis)

Booking.com

Monday, February 17, 2014

Beli Barang Terus Dari Amerika Syarikat Part 2


Akhirnya baju yang telah diorder dari Massachusetts telah tiba di Kuala Lumpur! Pembelian dilakukan dari Aqil Collection, yang berpengkalan di Georgia, Amerika Syarikat dan penghantaran kurang dari sebulan. Terima kasih kepada tokey Aqil Collection yang juga pelajar di sana kerana dapatkan baju yang diidamkan selama ini.

gaya model mau ada



p/s Lepas nih dah tau cara nak beli barang dari luar negara, terutama sekali dari USA :)

Beli Barang Terus Dari Amerika Syarikat Part 1 di sini

Muhammad bin Kamarulazizi

Thursday, February 6, 2014

Beli Barang Terus Dari Amerika Syarikat

baju tshirt Harvard
Produk seperti Corelle (set pinggan mangkuk), Coach (beg wanita) dan Medela (produk bayi) adalah antara produk premium dimana harganya agak tinggi di Malaysia. Namun begitu ada cara untuk mendapatkan dengan harga lebih murah dan lebih banyak model atau design yang lebih cantik. Kebanyakan produk di luar negara agak berbeza dengan produk dalam Malaysia walaupun jenamanya adalah sama.

Produk Coach


Saya berpeluang untuk mendapatkan beberapa produk yang agak sukar untuk diperoleh di Malaysia. Hampir 10 tahun yang lepas, saya dapat membeli sepasang sarung tangan jenama Alpinestar yang dijual di Amerika Syarikat melalui seorang kawan. Harganya agak murah berbanding dengan di sini dan tidak risau tentang keasliannya kerana kebanyakan produk di USA adalah original.

12 set Pyrex dengan harga cuma RM230 dari US
Kali ini ada sehelai baju yang saya cuba dapatkan di kedai bundle di KL, tetapi tak pernah jumpa. Saya cuba search dalam internet dan saya dapati baju yang saya inginkan ini boleh di dapati di kedai online Universiti Harvard. Kebetulan saya mendapat tahu ada sebuah fanpage di Facebook yang boleh bantu untuk dapatkan barangan serta produk di US dan dihantarkan terus ke Malaysia. Penghantaran biasanya akan mengambil masa antara 3 hingga ke 4 minggu. Melihat dari respon dalam Facebook, saya percaya laman ini boleh dipercayai, lagi-lagi sepupu saya sendiri sangat mengenali mereka di sana.


tabung botol Coca Cola dari Walmart

Saya cuba menghubungi mereka melalui private message dan mereka boleh bantu belikan baju yang saya inginkan tersebut. Kebetulan ada sepupu saya yang juga ingin dapatkan barang dari sana seperti beg Coach dan barangan bayi. Baju sudah dibeli dan kini menunggu baju itu untuk sampai di Malaysia. Harga yang ditawarkan untuk postage juga berpatutan kerana kuantiti yang dihantar adalah banyak. Harga baju tersebut juga mengikut harga yang ditawarkan dalam internet, tetapi saya tambahkan upah extra atas kesudian untuk mereka bantu saya untuk belikan baju tersebut.

Mungkin ramai yang mempunyai hajat yang sama, boleh layari laman fanpage mereka iaitu Authentic Aqil Collections. Lokasi mereka di Atlanta, Georgia. Dan pada peminat Coca Cola juga boleh cuba dapatkan collectible items dari mereka. Boleh email mereka juga di Aqilcollections@gmail.com.

p/s tak sabar nak tunggu baju Harvard nih!

Muhammad bin Kamarulazizi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...