Pelbagai buffet Ramadan ditawarkan dan kebanyakannya bernilai lebih RM50 ke atas dan ada yang menjangkau lebih RM100. Di sini saya kongsikan buffet dengan harga yang berpatutan, hanya RM28.90+ bersamaan dengan RM31 di Old Malaya Kopitiam, Seksyen 7 Shah Alam.
Makanan di Old Malaya Kopitiam ini antara terenak pernah saya rasa berbanding dengan kopitiam yang lain. Mungkin pada yang masih tercari-cari buffet Ramadan yang harganya murah, bolehlah datang ke Old Malaya Kopitiam. Ingat untuk buatkan tempahan dahulu!