Baru-baru ini cuti panjang dan ramai berpeluang untuk pulang ke kampung halaman. Tahun Baru Cina ini merupakan antara salah satu perayaan yang mendapat dua hari cuti di negara kita. Setiap perayaan ini melambangkan perpaduan dan keharmonian. Kita beruntung di Malaysia, semua dapat merayakan perayaan masing-masing tanpa sebarang halangan.
Negara kita unik, kerana kita terdiri daripada pelbagai jenis kaum. Hidup harmoni antara satu sama lain. Tahun Baru Cina ini amat sinonim dengan limau mandarin dan angpow. Setiap tahun saya akan terima buah limau mandarin sebagai hadiah daripada rakan yang berbangsa cina. Ada juga yang memberikan hadiah hamper malahan angpow. Sememangnya dari segi perayaan ini dapat mengeratkan lagi keharmonian sesama masyarakat. Jika kita lihat Hari Raya Aidilfitri, masyarakat Islam mengadakan rumah terbuka dan rakan-rakan semua dijemput hadir tidak kira yang beragama Islam atau beragama lain.
Perpaduan ini penting bagi memastikan negara kita hidup dengan aman dan damai. Kita dapat melihat para pemimpin kita yang berusaha untuk memupuk perpaduan melalui perayaan. Bagi saya, ini adalah usaha yang tidak harus dipertikaikan, walaupun terdapat juga beberapa pihak yang tidak setuju dengan usaha para pemimpin kita semasa perayaan Tahun Baru Cina baru-baru ini. Kita harus sedar, perpaduan itu adalah antara aset penting bagi sebuah negara. Biarpun ramai dikalangan masyarakat kita mempunyai fahaman yang berbeza, perpaduan itu tidak harus dieksploitasi untuk kepentingan sendiri.
Diterbitkan dalam Harian Metro 14 Februari 2013
Muhammad bin Kamarulazizi
Diterbitkan dalam Harian Metro 14 Februari 2013
Muhammad bin Kamarulazizi