Kini di outlet Malaysian Recipe Cafe (MRC) di KLIA menyediakan mi rebus sebagai menu tambahan bagi tahun ini. Mi rebus ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan terutama daripada pelancong-pelancong dalam negara serta dari negara-negara jiran seperti Indonesia, Singapura, dan Thailand.
MRC yang terletak di bangunan Satelite Gate C31-C37, KLIA ini menyediakan pelbagai juadah tempatan seperti nasi lemak, nasi beriyani, asam laksa dan lain-lain lagi. Orang ramai yang melancong melalui KLIA, yang rindukan masakan tempatan lagi-lagi apabila sudah berada jauh dari Tanah Air amat digalakkan untuk singgah di MRC. Semua makanan di restoran ini mendapat pengesahan Halal dari JAKIM.
Mi rebus ini juga boleh didapati di Old Malaya Kopitiam, bangunan Satelit Gate C11-C17, KLIA.
Muhammad bin Kamarulazizi