Booking.com

Monday, March 17, 2008

Shopping Kain dan Matta Fair

Weekend lepas (15 March 08) aku bersama famili pergi shopping kain untuk big day October nanti. 3 minggu sebelum tu, dah survey, so kali ini terus bawa parent ke kedai yang mempunyai kain yg disukai. Gerak dari rumah pagi, park dekat ngan Semua House. Parking dikenakan RM7. Better dari parking sesuka hati, last week dah kena saman DBKL sebab parking, buang je RM30 tu.

Once dah ada kat Jalan Tar, terus ke Kedai kain. Terus capai kain. Kain lace dan satin utk pihak perempuan. Aku punya sehelai super crepe, sehelai lagi crepe. Masa ni je la aku belajar sikit2 tentang kain, huhu.
kain untuk big day

Adik boleh kata, things like these makes marriage sounds crazy! Aku pun tergamam gak tgk bill untuk kain sahaja. Belum masuk untuk tempahan lagi. Mau kopak wallet aku nanti.

Pada petang pula, pergi dengan parent ke PWTC, ada Matta Fair. Ada beberapa perkara yang aku belajar di Matta Fair.
Setiap tahun Matta Fair pasti penuh dengan pengunjung

Apa yang perlu take note dalam planning untuk pergi melancong? (Untuk melancong thru travel agent)

1-Total up berapa budget yang kita willing nak spent. Ada dua jenis kos, yang pertama kos untuk bayar travel agent. Yang kedua, duit perbelanjaan (atau org panggil duit shopping). Kos untuk bayar travel agent ini, inclusive transportation (flight, train, etc), hotel, makan, dan tempat2 yang nak dilawati.

2- Confirmkan itenary, iaitu detail pakej pelancongan tersebut. Confirmkan dengan travel agent tarikh melancong, pergi dan balik. Confirmkan masa flight. Confirmkan lokasi yang akan dilawat. Kerana biasanya, ada travel agent yang tak dapat confirmkan itenary, so better dapatkan travel agent yang dah confirmkan itenary, supaya dapat elak dari pening kepala di masa hadapan

3- Untuk Muslim, pastikan makanan yang disediakan semasa melancong adalah halal. Airline pun tengok jugak, let say kalau travel dengan Malaysian Airlines, InsyaAllah halal. Untuk perjalanan yang dekat seperti ke Indonesia, airline ini tidak menjadi isu.

4-Pastikan passport masih hidup lebih 6 bulan dari tarikh luput passport.

Agensi pelancongan Reliance, yang offer pakej pelancongan untuk Muslims

Pakej yang diofferkan terdapat dua jenis.

1- Ground Pakej
Ground pakej ini tidak termasuk tiket penerbangan. Maknanya, kita kena figure out sendiri cara untuk ke destinasi pelancongan tersebut. Contoh let say nak ke US, kita confirmkan tarikh pakej dengan travel agent, then kita survey pulak airline mana yang sesuai, price yang berpatutan, dan dapat provide makanan yang halal. Biasanya untuk ground pakej, kita dapat savekan kos untuk penerbangan, cuma kena kerja lebih sedikit kerana kena uruskan tiket penerbangan sendiri.

2- Full Pakej
Full pakej ini pula termasuk tiket penerbangan. Kita just sediakan cash, travel agent akan uruskan semua.

Pada yang mungkin ada plan untuk melancong lepas ini, tak kira dalam atau luar negara, boleh budget2 dari sekarang. Next Matta Fair 10-12 Oct 08 di PWTC.
Info lanjut boleh refer di sini---> Matta Fair

-Muhammad-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...