Bisnes

Dapatkan khidmat nasihat tentang penjenamaan, pemasaran dan kerja sosial dari Matasura Services

Kehidupan

Perihal kehidupan serta tips. (Gambar di Pos Betau, Pahang)

Motivasi

Motivasikan diri anda! (Gambar di Asrama Darul Falah (ASDAF), Bukit Persekutuan Kuala Lumpur)

Makan Angin

Makan angin di dalam dan luar negeri. (Gambar di Yangon, Myanmar)

Isu Semasa

Isu semasa di Malaysia dan luar negara. (Gambar di perkarangan Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis)

Booking.com

Friday, February 15, 2013

Promosi Char Kuew Teow di Bom Kitchen

Bom Kitchen yang terkenal dengan Char Kuey Teow C4 kini mengadakan promosi dengan membeli 2 akan dapat percuma 1 untuk setiap pembelian Char Kuey Teow Grenade (saiz besar). Setiap pelanggan yang berminat untuk tawaran ini hanya perlu dapatkan kupon di laman Facebook Bom Kitchen di http://www.facebook.com/bomkitchen. Orang ramai hanya perlu print kupon diskaun dan serahkan semasa membuat pembayaran. 
Tawaran diskaun ini sah sehingga 20 Februari 2013. Sah di Bom Kitchen Keramat (Kuala Lumpur) dan Bom Kitchen Ipoh.
Muhammad bin Kamarulazizi

Wednesday, February 13, 2013

Tahun Baru Cina dan Perpaduan

Baru-baru ini cuti panjang dan ramai berpeluang untuk pulang ke kampung halaman. Tahun Baru Cina ini merupakan antara salah satu perayaan yang mendapat dua hari cuti di negara kita. Setiap perayaan ini melambangkan perpaduan dan keharmonian. Kita beruntung di Malaysia, semua dapat merayakan perayaan masing-masing tanpa sebarang halangan.
Negara kita unik, kerana kita terdiri daripada pelbagai jenis kaum. Hidup harmoni antara satu sama lain. Tahun Baru Cina ini amat sinonim dengan limau mandarin dan angpow. Setiap tahun saya akan terima buah limau mandarin sebagai hadiah daripada rakan yang berbangsa cina. Ada juga yang memberikan hadiah hamper malahan angpow. Sememangnya dari segi perayaan ini dapat mengeratkan lagi keharmonian sesama masyarakat. Jika kita lihat Hari Raya Aidilfitri, masyarakat Islam mengadakan rumah terbuka dan rakan-rakan semua dijemput hadir tidak kira yang beragama Islam atau beragama lain.
Perpaduan ini penting bagi memastikan negara kita hidup dengan aman dan damai. Kita dapat melihat para pemimpin kita yang berusaha untuk memupuk perpaduan melalui perayaan. Bagi saya, ini adalah usaha yang tidak harus dipertikaikan, walaupun terdapat juga beberapa pihak yang tidak setuju dengan usaha para pemimpin kita semasa perayaan Tahun Baru Cina baru-baru ini. Kita harus sedar, perpaduan itu adalah antara aset penting bagi sebuah negara. Biarpun ramai dikalangan masyarakat kita mempunyai fahaman yang berbeza, perpaduan itu tidak harus dieksploitasi untuk kepentingan sendiri.

Diterbitkan dalam Harian Metro 14 Februari 2013

Muhammad bin Kamarulazizi

Wednesday, February 6, 2013

Lambakan Berita Politik yang Tenat

"Listening to negative people can make you dumb" ~Anonymous


Tinggal sebulan sahaja lagi sebelum Mac 2013, tarikh yang dikatakan bakal berlangsung pilihanraya umum yang ke 13 di Malaysia. Berita berkenaan dengan parti politik semakin hangat di media massa terutama sekali di kaca televisyen dan juga di laman media sosial. Apabila lambakan informasi mengenai perihal politik negara ini semakin bertambah, maka info-info yang tidak tahu punca kesahihannya juga timbul.
Setiap pagi sebelum memulakan kerja, saya akan buka laman Facebook untuk melihat apa perkembangan terkini. Saya tertarik dengan rakan-rakan yang gemar berkongsi tentang kata-kata hikmah, motivasi yang dapat membantu saya memulakan hari dengan lebih semangat dan ceria. Namun begitu, akhir-akhir ini lebih ramai suka berkongsi tentang perihal politik. Semua kisah berkenaan dengan politik ini lebih cenderung kepada kutuk-mengutuk, caci mencaci dan segala perkara yang negatif. Apa yang mengejutkan, mereka yang dari latar belakang agama juga seperti hilang pendirian, dengan perkataan-perkataan yang digunakan jelas tidak menggambarkan imej yang ditonjolkan oleh mereka.
Hal sebegini amat menyedihkan. Informasi beredar dengan pantas, segala yang tidak baik seperti caci mencaci ini juga beredar dengan pantas. Lebih ramai yang memberi komen, dan masing-masing ingin berhujah seperti tiada penghujungnya. Dan semakin hari semakin ramai yang terlibat dalam wabak "politik" ini. Keadaan sebegini terbawa-bawa ke rumah menyebabkan fikiran menjadi sempit dan memberi kesan kepada orang sekeliling.
Bagi saya, saya terpaksa sorokkan rakan-rakan di dalam laman Facebook yang terlalu banyak menceritakan hal-hal politik, lebih-lebih lagi yang ke arah negatif. Bukan kerana saya tidak mahu mengetahui perkembangan lanjut tetang politik Tanah Air, tetapi lebih baik saya fokus kepada sesuatu yang dapat motivasikan diri saya. Tumpu kepada yang lebih positif yang juga secara tidak langsung dapat memberi kesan yang lebih baik kepada orang sekeliling kita. Nanti masa pilihanraya kelak, barulah kita laksanakan tanggungjawab kita bersama.

Diterbitkan dalam Harian Metro 7 Februari 2013

Muhammad bin Kamarulazizi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...