Booking.com

Tuesday, July 26, 2016

5 Penambahbaikkan yang dapat dilakukan untuk Pengangkutan Awam di Malaysia

gambar dipetik dari SPAD
Negara kita menuju ke sebuah negara yang maju sejajar dengan misi ke arah Wawasan 2020. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk meningkatkan taraf perkhidmatan pengangkutan awam ke tahap yang lebih memuaskan seperti sebuah negara yang maju. Sebelum kita senaraikan penambahbaikkan yang boleh dilakukan, kita perlu tahu apa itu pengangkutan awam.

Definisi mudah pengangkutan awam ialah pengangkutan yang digunakan oleh orang ramai dan bukan persendirian. Contoh pengangkutan awam adalah seperti teksi, bas, keretapi termasuk LRT, MRT, ERL dan lain-lain. Bagi mencapai sebuah negara maju, peningkatan modal share memainkan peranan yang penting. Modal share ini bermaksud nisbah atau peratusan penggunaan pengangkutan antara persendirian dan juga awam. 

Menurut menurut laporan dari Bernama, modal share pengangkutan awam di negara kita pada 20.8% dan sasaran negara ialah pada 40% menjelang tahun 2030. Sudah pasti sekiranya lebih ramai menggunakan pengangkutan awam, maka jumlah kenderaan di jalan raya dapat dikurangkan. (Dan bukannya dengan menaikkan harga parking ke RM2 sejam).

5 faktor utama adalah seperti berikut:

1. Keselesaan
Perkara pertama sekali yang apabila ditanyakan kepada orang ramai, kenapa tak mahu naik bas? Jawapan yang biasa diterima ialah "Tidak selesa." Apa faktor yang menyebabkan pengangkutan awam di Malaysia kurang selesa? Secara peribadi, saya rasakan kemudahan LRT dan ERL adalah selesa. Cuma pengalaman menggunakan komuter agak kurang memberangsangkan. Stesen komuter yang ada sekarang ini masih kurang selesa berbanding dengan kemudahan LRT dan ERL. Bas yang baru adalah selesa lagi-lagi bas ekspres. Bagi bas lompat (stage bus), bas baru juga pasti menjadi pilihan seperti sebuah operator bas KL Seremban yang sentiasa menjadikan keselesaan sebagai perkara utama. Kerusi rosak, terkoyak malah kehadiran lipas membuatkan bas atau perkhidmatan awam yang lain kurang digemari terutama kepada middle income earner dan ke atas.

*Gambar dipetik dari Facebook operator A Class

2. Ketepatan Masa
Salah satu faktor mengapa masih ramai yang tidak menggunakan pengangkutan awam ialah faktor ketepatan masa. Paling saya frust ialah penggunaan Komuter yang adakala kurang tepat pada masanya. Stesennya yang kurang selesa, dengan masa yang tidak tepat membuatkan orang ramai sukar untuk memilih pengangkutan awam sebagai pengangkutan rasmi. Penggunaan stage bus juga terikat dengan faktor external iaitu keadaan lalulintas. Jika berlaku kesesakan lalulintas, maka bas mungkin akan hadir lewat dan ini menyukarkan orang ramai untuk merancang masa mereka.

3. Mesra Pelanggan (User Friendliness)
Bila sebut tentang mesra pelanggan, perkara pertama sekali yang bermain dalam fikiran ialah perkhidmatan teksi. Kemunculan Uber dalam industri ini memberi ancaman besar kepada pemandu-pemandu teksi. Keberkesanan pengangkutan awam bukan sahaja bergantung kepada rangkaian yang menghubung satu lokasi ke lokasi yang lain, tetapi faktor mesra pelanggan juga adalah antara faktor yang sangat penting. Negara kita boleh menambahkan lagi infrastruktur seperti menambah rail dan network tetapi jika human factor ini diabaikan, maka populariti public transport akan tetap berada di takuk yang lama.


4. Penggunaan Teknologi Mobile (Mobile App)
Mobile app semakin berkembang di negara kita dan kebanyakan orang sekeliling kita menggunakan smart phone. Mobile app yang interaktif dan mesra pelanggan pasti akan pikat orang ramai untuk menggunakannya. Contoh mobile app yang sangat mudah dan efektif seperti mobile app Uber yang sangat menekankan kepuasan pengguna yang secara tidak langsung membuatkan perkhidmatan Uber lebih popular berbanding dengan teksi.

5. Harga yang kompetetif
Harga tiket perkhidmatan bas dan rail biasanya memberi impak kepada rakyat. Harga tiket sudah banyak berubah sejak GST diperkenalkan di negara kita. Menurut CEO ERL, Noormah Mohd Noor, harga tiket meningkat kerana perjanjian konsesi yang dilakukan sebelum ini. Sumber pendapatan pengangkutan awam dapat dipelbagaikan dan tidak seharusnya tertumpu sepenuhnya pada harga tiket atau perkhidmatan. Ruang pengiklanan juga dapat menjadi sumber pendapatan yang lumayan untuk syarikat perkhidmatan awam.

Banyak lagi faktor yang dapat dilakukan untuk mendapatkan hati rakyat supaya menjadikan pengangkutan awam sebagai pilihan popular. Faktor lain juga perlu diambil kira seperti Connectivity (penghubung antara lokasi), accessibility (kemudahan untuk mendapatkan pengangkutan awam), reliability (boleh diharap) dan  journey times (tempoh perjalanan).

Artikel ini mendapat liputan di The Vocket.

Muhammad bin Kamarulazizi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...