Booking.com

Friday, November 21, 2014

Apa Yang Berlaku Apabila Belanja Pakcik Tua Makan Sarapan


Awal pagi nak pergi kerja, kereta pulak xleh start. Berkali2 try, akhirnya boleh start. Bateri problem agaknya. Saya terus ke workshop dan saya dapati bateri saya sudah kong. Sementara tunggu bateri ditukar, saya pergi breakfast nasi lemak. Disebabkan meja penuh, saya tumpang meja dengan seorang pakcik tua mcm comot sikit. Pakcik tu cuma makan nasi lemak kosong dengan teh o panas. Pakcik nih senyap je dan makan sambil tunduk.

Selesai makan, saya ke workshop, dan minta bil kerana kereta sudah siap. Terkejut saya tgk bil RM320 utk tukar bateri. Walhal bateri baru berumur 1 tahun. Saya keluarkan duit, tetiba pengurus workshop kata jangan bayar lagi. Pengurus kata tak perlu bayar untuk bateri baru, katanya bateri sepatutnya boleh tahan hingga 2 tahun atau lebih. Bateri tu free, dan dia akan claim pada supplier. Saya rasa sungguh gembira dan sangat bersyukur.

Rupanya disebabkan saya bayarkan breakfast pakcik tua tadi berjumlah RM2, saya dah dapat jimat RM320 plus dapat bateri kereta baharu. Alhamdulillah. Sekian kisah untuk hari ini. :)

#kindnessmalaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...