Booking.com

Saturday, June 19, 2010

Acar Tokbi Superb!


Sejak akhir-akhir ini, susah sangat nak dapatkan acar buah yang sedap. Tapi selepas mendapatkan acar buah yang dibuat oleh nenek seorang kawan, barulah dapat rasa acar buah yang rasanya superb! Sebelum ini kebanyakan acar buah yang sudah saya rasa, tidak cukup umph, yang disediakan masa kenduri kahwin pun jarang yang sedap. Kemungkinan kerana bahan-bahan yang digunakan ini yang amat mempengaruhi rasa acar buah.

Sempena dengan bulan Ramadhan yang bakal tiba ini, saya bercadang untuk menjual homemade acar buah yang nenek kawan saya buatkan. Bisnes acar ini saya namakannya acar tokbi. Acar yang sangat sedap susah nak dapat di tempat lain.

contoh saiz bekas yg akan digunakan

Antara bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan acar tokbi ini ialah mempelam, betik, belimbing, kulit limau, limau kasturi, asam bulat, buah ceri 3 warna, kurma, lobak masin dan macam-macam lagi.

Harga: RM15
Size: Bekas taufufah
Bahan: mempelam, betik, belimbing, kulit limau, limau kasturi, asam bulat, buah ceri 3 warna, kurma, lobak masin dan buah jeruk yang lain
Tempahan: Tempahan dibuka sehingga 24 Julai 2010. Penghantaran akan dilakukan pada awal Ogos sebelum bulan Ramadan.
Penghantaran: Sekitar KL dan Pulau Pinang

Untuk setiap tempahan, sila email ke matasura@yahoo.com bersama bukti pembayaran dan butiran berikut
Nama:
Kuantiti:
Alamat:
No Tel:


Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya di 012-3377195

Muhammad bin Kamarulazizi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...