Bisnes

Dapatkan khidmat nasihat tentang penjenamaan, pemasaran dan kerja sosial dari Matasura Services

Kehidupan

Perihal kehidupan serta tips. (Gambar di Pos Betau, Pahang)

Motivasi

Motivasikan diri anda! (Gambar di Asrama Darul Falah (ASDAF), Bukit Persekutuan Kuala Lumpur)

Makan Angin

Makan angin di dalam dan luar negeri. (Gambar di Yangon, Myanmar)

Isu Semasa

Isu semasa di Malaysia dan luar negara. (Gambar di perkarangan Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis)

Booking.com

Sunday, February 22, 2015

Jalan-jalan Lempar Makanan


Zaman awal2 bekerja, breakfast jarang skali. Biasanya akan brunch, heavy brunch, bleh tahan sampai malam. Kadang2 terfikir, takda ka orang yang mai kata, Mat aku nak belanja hang breakfast. Jarang la kut nak berlaku, lagi2 time tu ramai kawan2 baru start keja, income pun masih ciput. Sekarang dah ada rezeki lebih, bleh breakfast, lunch and dinner.

Setiap pagi time weekend, org rumah tak masak, so naik motor ngan Ali gi breakfast kat luar. Nasi lemak halus mulus, terbaik kat Kampung Datuk Senu dan roti canai garing simpang. Harga pun murah, nasi lemak dan paru cuma RM3. Dan setiap pagi ank gi breakfast akab kelihatan abang2 contractor DBKL dah mula bekerja walaupun hari ini adalah hari Ahad.

Bila atas motor, Ali akan tanya, papa, orang tu dah makan ke? Saya pun taktau orang DBKL tu dah makan atau belum. Tapi dari riak orang DBKL nampak penat, berpeluh lencun, mungkin mula bekerja seawal Subuh.

Dah abis sarapan, Ali kata nak bungkus roti canai extra. Nasib baik duit dlm poket Kindness masih tebal, Ali pun belilah 5 set roti canai dengan teh tarik bungkus. Setiap set ada dua keping roti canai dengan kuah dal dan kuah sambal ikan bilis. Masa nak bayar, anak tokey roti canai kata, beli untuk staf ya? Saya pun senyum dan angguk je lah kat adik manis tu. Err, ehh dah terpesong plak jalan cerita :p

Dah siap roti canai dan teh tarik, saya dan Ali pergi memburu, cari pekerja2 yang rajin, memastikan ibu kota Kuala Lumpur ini sentiasa bersih. Tadi nampak orang DBKL kat tepi jalan, duk sodok longkang, sekarang dah takda. Kena carik, pusing dan pusing area Bandar Baru Sentul nih, nampak 3 orang DBKL duk bawah pokok, dengan batang penyapu lidi panjang dan penyodok, duk minum air kosong dalam botol recycle. Ali pun bagi roti canai dan teh tarik. Jemput makan breakfast pagi ni kata Ali pada diorang. Dia balas terima kasih, dan bagi salam Assalamualaikum. Happy rasanya bila dia bagi salam sebab dia balas dengan mendoakan kesejahteraan kami. Ali terus wat gaya robot ala transformers tanda gembira juga. Baki lagi 2 pek roti canai Ali bagi kat "polis". Ali panggil security kat flat kami duk tu polis. Then kami terus pulang ke rumah dengan hati yang gembira.

The end!

Tuesday, February 3, 2015

Pakgad Adalah Jiran Kita Juga


Sejak dua hari kereta takleh gerak. Alternator kong, so panggil pomen datang. Sementara tunggu pomen datang, bersembang dengan pakgad. Amjad namanya, dari Nepal. Dah 4 tahun kerja sebagai sekuriti, shif 12 jam, 8 pagi sampai 8 malam. Saya tanya, sarapan selalu makan apa. Dia kata masak sayur ramai2. Dapat semangkuk tapi portion kecik. Bolehlah tahan sampai petang. Dalam jam 4 atau 5 petang, memang perut akan berkeroncong. Lagi2 time panas, saya rasa tekak pun bleh kering. Mana ada watercooler kat flat saya duk nih. Kesian lak saya rasa, hari2 macam tu lah keadaannya. Pagi keluar gi kerja pakgad akan greet selamat pagi bos, petang pun akan greet selamat petang bos dengan senyuman lagi. Tanpa sedar time petang macam nih depa memang betul2 lapar dan dahaga, berbekal sayur saja dalam perut. Oleh sebab duit dalam poket kindness masih banyak, saya pun pi la beli apam balik rm2, dapat 5 keping dan air teh o limau bungkus rm1 bagi kat pakgad nih. Nindiaa, dia punya la happy. Duk terima kasih bos banyak kali plak.

So lepas nih balik keja bleh la pi singgah gerai tepi jalan, beli kuih atau ayaq utk pakgad. Bleh la jadikan amalan, lagipun depa nih kira jiran kita jugakkan? :)

#KindnessMalaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...