Booking.com

Friday, September 26, 2014

Makcik Kaunter Pertanyaan yang Garang


Kisah di Masjid Negara sebentar tadi. Saya baru nak melangkah masuk ke masjid. Baru nak melangkah masuk, tetiba ada suara menjerit, encik! encik! Suaranya sangat tegas dan saya rasa saya saya dipanggil oleh makcik sekuriti. Saya memandangnya dengan perasaan, isk makcik nih kurang pendedahan PR (public relation), kompom nak malukan aku ditengah orang ramai. 

Rupanya makcik yang jaga robe dikaunter pertanyaan. Saya terfikir ada terkoyak ke seluar jeans yg saya pakai ini. Makcik kaunter pertanyaan itu pun datang pada saya dan berkata, adik letak sandal adik di sini, risau nanti hilang, sambil tunjuk ke arah kaunter pertanyaan. Saya nampak mcm2 kasut ada di situ, memang kasut2 yg mahal. Saya pun ucap terima kasih pada makcik itu. Sandal saya pun jenama Croc yang tidak asli. 

Terima kasih makcik kerana amik berat terhadap sandal buruk saya. Sekian kisah untuk hari ini.

#KindnessMalaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...