Bisnes

Dapatkan khidmat nasihat tentang penjenamaan, pemasaran dan kerja sosial dari Matasura Services

Kehidupan

Perihal kehidupan serta tips. (Gambar di Pos Betau, Pahang)

Motivasi

Motivasikan diri anda! (Gambar di Asrama Darul Falah (ASDAF), Bukit Persekutuan Kuala Lumpur)

Makan Angin

Makan angin di dalam dan luar negeri. (Gambar di Yangon, Myanmar)

Isu Semasa

Isu semasa di Malaysia dan luar negara. (Gambar di perkarangan Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis)

Booking.com

Tuesday, March 26, 2013

Pembubaran Parlimen

Kecoh ura-ura tentang bila pembubaran parlimen akan berlaku. Ramalan demi ramalan sejak dari tahun lepas sehingga kini tidak pernah lekang lagi-lagi dalam laman sosial media seperti Facebook dan Twitter. Paling hampir, ialah kerajaan Negeri Sembilan bakal dibubarkan. Tarikh pembubaran parlimen ini amat sinonim dengan pengumuman tarikh pilihanraya umum yang ketiga belas.

Pembubaran parlimen dan pilihanraya ini adalah satu proses demokrasi di negara kita. Orang ramai sebaiknya meneruskan kehidupan seperti biasa dan hanya menyerahkan pengumuman ini kepada pihak yang bertanggungjawab. Ramalan serta khabar angin yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab akan merugikan kita sendiri. Biasanya tempoh untuk pilihanraya selepas pembubaran parlimen sudah cukup untuk kita merancang jadual kerja dan aktiviti seharian. Biarkan pihak yang bertanggungjawab umumkan, kita sebagai rakyat fokus kepada kerja dan keluarga, lebih baik daripada menyebarkan khabar angin yang tidak tahu mana pangkalnya.

Muhammad bin Kamarulazizi

Wednesday, March 13, 2013

Pertahankan Sabah!

gambar ihsan dari laman FB VAT 69 - Perjuangan Semalam

Situasi di Sabah kini berlanjutan hingga ke hari ini. Dan terkini salah seorang dari tentera kita terbunuh dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu. Menurut Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, sehingga kini sembilan anggota keselamatan terkorban dalam insiden pencerobohan itu manakala 57 penceroboh militan ditembak mati. 

Kita bersyukur kerana kita mempunyai angkatan polis dan tentera yang sentiasa bersedia mempertahankan negara kita. Biarpun keadaan politik di negara kita sedikit "tegang", lagi-lagi menjelang pilihanraya umum, para perajurit kita ini tidak lentur semangat mereka untuk berhadapan dengan pencerobohan dari tentera Sulu. Jangan ada sesiapa yang cuba memberi spekulasi atau pandangan sinis kepada pihak polis dan tentera kita. Semangat patriotik mereka demi mempertahankan negara tidak harus dipertikaikan. Pada peringkat awal pencerobohan pada bulan Februari lepas, ada segelintir masyarakat kita memberi pendapat masing-masing seolah-olah merekalah yang mengatur strategi di Lahad Datu Sabah. Berhadapan dengan musuh secara realiti itu berbeza dengan hanya pandai meletakkan komen-komen negatif di alam maya.

Sama-sama kita doakan agar pasukan keselamatan negara serta masyarakat di Sabah dilindungi dan berharap agar pencerobohan ini selesai dengan lebih cepat.

Muhammad bin Kamarulazizi

Saturday, March 9, 2013

Blue Ocean Strategy From My Point of View


From my point of view, it will almost be impossible to eliminate competitors unless the innovation is a breakthrough and it is a tacit knowledge. A successful implemented Blue Ocean Strategy might only last in an interval period, as other competitors will start to come out with similar services or products related to the existing one. The application done by companies or government agency might only cover some of the part in Blue Ocean Strategy and not as a whole. 
"The Blue Ocean Strategy is a management tool which can be applied in the government’s administrative context as it enables us to think out of the box with good results. The government had found the formula contained in the theoretical business strategy particularly beneficial in maximizing output, while incurring the lowest cost possible." (1Malaysia Blog)
The focus is more on the maximizing output and to reduce cost as much as possible, which may be part of the value innovation. Some other opinions claim that there are companies had implemented the Blue Ocean Strategy, but after they had define their own market share and the location of the market share. For example for Air Asia, the low price they introduced had created a new market share for the people especially in Malaysia. People with middle income are the market share and the targeted location is within Malaysia (even though the business is expanding around the globe).

Muhammad bin Kamarulazizi

Saturday, March 2, 2013

Bagaimana untuk Tarik Perhatian Peminat Baru di Fanpage Facebook


Banyak fanpage Facebook yang berusaha keras untuk menghasilkan post yang kreatif yang dapat menarik perhatian peminat sendiri dan peminat-peminat baru. Bom Kitchen, sebuah perniagaan Char Kuey Teow di Keramat dan satu lagi cawangan di Ipoh telah menggunakan kaedah kuiz cari perkataan. Menurut unit pemasaran Bom Kitchen, dengan kaedah ini admin Bom Kitchen dapat membuatkan peminatnya di Facebook untuk mula mencari perkataan-perkataan tersembunyi. Setiap perkataan yang ditemui akan diletakkan di bahagian komen. Secara tidak langsung, kaedah ini akan menarik perhatian lebih ramai orang untuk mencuba mencari perkataan yang tersembunyi.

Terdapat beberapa laman sesawang yang menawarkan khidmat menghasilkan carian perkataan tersembunyi secara percuma. Contoh gambar di atas dihasilkan di sini.

Muhammad bin Kamarulazizi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...