Booking.com

Friday, February 10, 2012

Kursus Industri Makanan

 klik pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas

Bom Kitchen bakal mengadakan kelas industri makanan seperti pembuatan sos cili, sos tomato, cuka, mayonis, sekaya, kicap, dadih, jeli kelapa dan pelbagai lagi bagi orang ramai bermula di Kuala Lumpur dan Selangor. Program ini mensasarkan individu-individu yang berminat untuk mempelajari kaedah-kaedah efektif dalam pembuatan makanan industri kecil ini.

chef Azry dari Bom Kitchen di kelas membuat sos bersama Rumah Titian Kaseh

Bom Kitchen juga membuka peluang kepada orang ramai, persatuan-persatuan, kelab, korporat juga mahasiswa mahasiswi yang berminat untuk anjur bersama program keusahawanan ini bagi manfaat bersama. Pada yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut, boleh hubungi en Azry di 019-2359394 atau en Muhammad di 012-3377195, atau email di bomkitchen@gmail.com atau di matasura@yahoo.com


Muhammad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...