Hari pertama penerbangan dari KL terus ke Amman Jordan yang telah mengambil masa hampir 12 jam. Bertolak pada jam 10 malam waktu KL dan tiba di Amman jam 5.30 pagi waktu Amman. Setibanya di Amman, kami terus transit ke Beirut Int Airport dan mengambil masa hanya sejam.
Kami terus dibawa ke Deir El-Qamar dimana kami dapat ziarah istana Emir Bechir Chehab II. Lokasi yang berbukit bukau ini menempatkan masyarakat majmuk yang terdiri daripada masyarakat Muslim Sunni, Syiah dan Kristian. Kelihatan juga beberapa bangunan yang merupakan bekas peninggalan perang Lebanon Israel tahun 90-an. Kami dibawa ke gerai buah-buahan. 1 kilo anggur harganya hanya USD 1, bersamaan RM3 sahaja!
Selesai ziarah di Deir El-Qamar, kami terus dibawa ke bandar Beirut untuk check in di Hotel Napoleon sebelum makan malam di situ.