Bisnes

Dapatkan khidmat nasihat tentang penjenamaan, pemasaran dan kerja sosial dari Matasura Services

Kehidupan

Perihal kehidupan serta tips. (Gambar di Pos Betau, Pahang)

Motivasi

Motivasikan diri anda! (Gambar di Asrama Darul Falah (ASDAF), Bukit Persekutuan Kuala Lumpur)

Makan Angin

Makan angin di dalam dan luar negeri. (Gambar di Yangon, Myanmar)

Isu Semasa

Isu semasa di Malaysia dan luar negara. (Gambar di perkarangan Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis)

Booking.com

Wednesday, June 22, 2011

Hari keempat Char Kuey Tiow Bom


Semalam sudah masuk hari keempat Char Kuey Tiow Bom dibuka di Keramat. Selama empat hari menjaga gerai char koey tiow ini, banyak juga benda yang belajar. Saya ditugaskan membuat air, Azry rakan sekolah sebagai chef dan Taufik juga rakan sekolah bertanggungjawab untuk mengambil order.

Sekarang, setiap hari balik kerja, saya terus ke Keramat untuk memulakan kerjaya sampingan di waktu malam. Pengalaman menyediakan air ini pada awalnya bukanlah suatu yang mudah. Untuk sediakan milo ais, nescafe panas agak mudah, namun yang agak sukar ialah untuk menyukat teh, atau sediakan teh tarik tau teh ais. Penyediaan teh menggunakan sarung penapis teh, dan air teh yang pekat perlu disukat dengan betul agar tidak tawar atau terlalu kelat.

Namun begitu, alhamdulillah, dari hari kehari, membuat teh menjadi agak mudah untuk disediakan. Warna asal teh perlu gelap dan ditambah dengan air panas sebelum meletakkan ais. Kini khemah juga dari asalnya dua sudah bertambah kepada empat buah. Perancangan seterusnya ialah untuk menambah meja dan kerusi.

Belum sampai seminggu lagi bisnes kecilan char kuey tiow. Harapan kami agar bisnes ini bertambah maju seperti bisnes-bisnes char kuey tiow yang lain. Amin!

Muhammad bin Kamarulazizi

Monday, June 20, 2011

The Best Char Koey Tiow in Kuala Lumpur!


Yes, this is the best char koey tiow in town! Char koey tiow bom ini terletak di Keramat, berhampiran dengan Flat Chempaka di sekitar kuarters polis dan bersebelahan dengan Lubuhraya Duke. Perniagaan bermula jam 6 petang hingga ke 12 malam setiap hari. Alhamdulillah, di hari pertama perniagaan bermula (18 Jun 2011), ckt Bom mendapat sambutan yang menggalakkan. Orang ramai di sekitar Flat Chempaka dan kuarters polis mungkin sudah perasan kehadiran kami di situ setelah khemah dipasang lebih dari dua minggu.

pelanggan di hari pertama

krew char koey tiow bom

chef Azry

tukang sedia air dan ambil order

satu pinggan char koey tiow biasa dengan tiga ekor udang




View Char Koey Tiow Bom in a larger map
peta ke Char Koey Tiow Bom


Bermula dengan hari pertama, 4 meja dan 16 kerusi disediakan untuk orang ramai. Satu pinggan char koey tiow bom berharga RM3.50 untuk biasa dan RM4.50 untuk char koey tiow special. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati char koey tiow bom yang luar biasa sedap!

Muhammad bin Kamarulazizi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...