Bisnes

Dapatkan khidmat nasihat tentang penjenamaan, pemasaran dan kerja sosial dari Matasura Services

Kehidupan

Perihal kehidupan serta tips. (Gambar di Pos Betau, Pahang)

Motivasi

Motivasikan diri anda! (Gambar di Asrama Darul Falah (ASDAF), Bukit Persekutuan Kuala Lumpur)

Makan Angin

Makan angin di dalam dan luar negeri. (Gambar di Yangon, Myanmar)

Isu Semasa

Isu semasa di Malaysia dan luar negara. (Gambar di perkarangan Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis)

Booking.com

Wednesday, August 28, 2013

Merdekanya Kita


Kemerdekaan, sebuah erti yang cukup bermakna buat rakyat Malaysia. Sejarah mengajar kita bagaimana erti hidup sabar terutama sekali semasa zaman penjajahan. Perit jerih pejuang-pejuang kemerdekaan ini dinikmati oleh kita zaman sekarang.

Sudah 56 tahun berlalu, keamanan dan kebebasan yang dikecapi ini adalah nikmat yang patut disyukuri. Bagi saya erti sebuah kemerdekan itu ialah kebebasan. Kebebasan untuk menentukan hala tuju sendiri, atau wawasan sebuah negara yang ingin dikecapi.

Kemerdekaan ini menunjukkan yang kita sudah berjaya melepasi satu halangan dan cabaran dalam hidup. Kita dapat lihat masih banyak negara yang walaupun sudah merdeka, tetapi keamanan sudah dirobek oleh anasir-anasir dalaman yang menjadi virus kepada kestabilan sebuah negara. Begitu juga dari aspek seorang individu, merdekanya seorang individu itu apabila dirinya tahu hala tujunya. Namun sekiranya individu tersebut sudah tercemar minda dan hatinya, ini adalah tanda di mana dirinya masih dibelenggu "penjajah" walaupun secara tidak sedar. Malah ada yang selesa membiarkan diri dijajah sepenuhnya oleh pengaruh negatif ini.


Harapan kita agar kita menjaga keharmonian yang dikecapi negara kita, suatu nikmat yang amat berharga. Kita sendiri juga perlu kukuhkan jati diri, agar hala tuju kita sentiasa jelas dan sentiasa fahami tujuan asal hidup kita di bumi ini.

Diterbitkan dalam Harian Metro 29 Ogos 2013

Muhammad bin Kamarulazizi

Thursday, August 15, 2013

Sandwich di Old Malaya Kopitam KLIA

Old Malaya Kopitiam Club Sandwich

Kerja di KLIA ini sememangnya pasti akan singgah dimana-mana restoran terutama sekali dalam bagunan satelit KLIA. Terdapat pelbagai pilihan makanan dan  yang menyajikan makanan tempatan Malaysia dan campuran makanan barat ialah Old Malaya Kopitiam dan Malaysian Recipe Cafe. Old Malaya Kopitiam ini terletak di bangunan Satelit KLIA Gate C11-C17 dan Malaysian Recipe Cafe juga terletak di bangunan Satelit KLIA Gate C31-C37.


Old Malaya Kopitiam Tuna Sandwich
Toasted Chicken Slice and Cheese Sandwich
Kedua-dua buah restoran ini mempunyai pengesahah Halal dari JAKIM dan diselenggara di bawah syarikat Perniagaan Wafada Sdn Bhd. Old Malaya Kopitiam ini juga mempunyai cawangan di Seksyen 7 Shah Alam.

Rasanya amat enak dan satu set sahaja sudah kenyang dibuatnya. Harganya juga kurang dari RM20 untuk setiap set. Pada yang melancong ke luar negara atau melalui KLIA, boleh singgah di Old Malaya Kopitiam atau Malaysian Recipe Cafe untuk alas perut sebelum bergerak ke destinasi seterusnya.

Muhammad bin Kamarulazizi

Wednesday, July 24, 2013

Isu Menggugat Keharmonian Negara

Sudah masuk minggu kedua bulan Ramadan dan tiba-tiba kita dikejutkan dengan ancaman pengganas Sulu yang dikhabarkan ingin menyerang Sabah buat kali kedua. Maklumat ini yang masih samar-samar kesahihannya ini seharusnya diambil serius oleh pihak berkuasa terutama sekali Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi memastikan keselamatan negara berada dalam keadaan baik.

Namun begitu, saya pasti pihak KDN sudah mengambil langkah berjaga-jaga dan mempunyai maklumat-maklumat sejauh mana kesahihan informasi ini. Kita tidak mahu negara kita secara tiba-tiba diserang oleh pengganas luar kerana ini akan memberi pelbagai masalah dari pelbagai aspek. Isu politik yang sudah mula surut akan kembali panas dengan jari menuding antara satu sama lain mengatakan pihak itu ini terlibat dengan pengganas tersebut. Atau  lebih teruk apabila ada pihak yang mengecam pihak polis dan tentera negara kita.

Sempena bulan Ramadan ini, sebaiknya kita bersatu, sentiasa berfikiran positif elak dari berbalah. Berbalah ini akan memberi lebih banyak impak negatif yang akan merugikan semua orang.

Muhammad bin Kamarulazizi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...