Bisnes

Dapatkan khidmat nasihat tentang penjenamaan, pemasaran dan kerja sosial dari Matasura Services

Kehidupan

Perihal kehidupan serta tips. (Gambar di Pos Betau, Pahang)

Motivasi

Motivasikan diri anda! (Gambar di Asrama Darul Falah (ASDAF), Bukit Persekutuan Kuala Lumpur)

Makan Angin

Makan angin di dalam dan luar negeri. (Gambar di Yangon, Myanmar)

Isu Semasa

Isu semasa di Malaysia dan luar negara. (Gambar di perkarangan Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis)

Booking.com
Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Wednesday, November 16, 2016

1 Cara Untuk Cetus Kreativiti Minda Secara Berterusan



Kreativiti adalah satu aset yang sangat berharga. Kreativiti digunakan dalam pelbagai cabang dari perniagaan, NGO, akademik, politik sehinggalah ke kesenian. Namun begitu bagaimanakah untuk jadikan minda kita sentiasa kreatif? Dari laman Inc.com ada kongsikan tips nya dan saya olahkan ikut kesesuaian latar belakang saya.

Caranya mudah sahaja, tetapi memerlukan disiplin yang tinggi. Setiap pagi senaraikan 5-10 idea kebaikan yang baru yang dapat dilakukan setiap hari. Mengapa perlu dilakukan begitu? Setiap hari kita akan mengadap laman media sosial yang memberi pelbagai input kepada minda kita. Jika di lihat pada wall kita, jenis rakan-rakan, jenis page yang kita follow secara tidak langsung akan membentuk cara kita berfikir. Jika banyak hiburan pada live feed Facebook, maka hiburan itu juga yang akan menjadi bahan bualan dan mendapat tempat dalam pemikiran kita. Jika terlalu banyak perihal politik, maka politik itulah yang akan mendapat tempat dalam fikiran kita.

Kita harus sedara yang manusia ini dicipta olehNya dengan akal yang sangat kreatif. Dan bila seseorang itu kreatif, banyak kelebihan yang akan dimanfaatkannya. Bagi yang berniaga akan dapat idea baru untuk tarik pelanggan baru. Bagi seorang guru, akan dapat idea baru untuk buatkan kelas pembelajaran lebih menarik. Bagi sebuah parti politik, akan dapat idea baru untuk lebarkan ideologi mereka kepada rang ramai.

Oleh itu bagaimana kita lakukannya? Ini antara contoh 10 kebaikan yang disenaraikan pada waktu pagi:

1. Beri kucing jalanan makan
2. Belikan nasi lemak untuk makcik cleaner
3. Senyum dan ucap salam pada pakcik security
4. Puji kawan handsome atau cantik
5. Tahankan pintu supaya orang lain boleh lalu
6. Letak duit kat masjid atau surau
7. Belikan tepung dan bihun dan letakkan di Projek Gerobok Rezeki dekat surau rumah
8. Transfer duit pada NGO kegemaran
9. Kongsi ilmu dengan kawan kat Whatsapp
10. Luang lebih masa dengan yang tersayang

Jenuh juga nak fikir sampai 10 kebaikan. Biasanya bila diangka 5 atau 6, idea sudah kering. Tapi kita tetap berfikir supaya idea baru itu datang. Bila setiap hari melakukan kaedah ini pada waktu itulah idea terhasil dari "thinking outside the box".

Apa manfaatnya apabila melakukan aktiviti ini?

1. Anda mula ada kebolehan untuk melihat sesuatu dari pelbagai perspektif.
Mengapa ini penting? Kebolehan ini menjadikan minda kita lebih aktif dan tidak hanya tertumpu pada satu perspektif. Cara berfikir kita akan lebih terbuka, lebih mudah untuk menerima idea malah teguran orang lain.

2. Fikiran akan jadi lebih tajam.
Apabila minda boleh lihat dari pelbagai perspektif, minda akan jadi lebih tajam. Setiap perkara yang berlaku itu tidak membuatkan kita terus beri reaksi terburu-buru, tetapi membantu kita untuk berfikir dengan lebih rasional. Kita akan mula faham dengan lebih baik punca, kesan dan akibat sesuatu yang berlaku. Itu sebabnya kita diajar, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.

3. Kreativiti akan mula terpancar.
Setiap hari menulis idea baru tentang suatu kebaikan itu pada mulanya akan nampak mudah. Akan tiba masanya nanti kepala mula berkerut, idea jadi kering dan ketika inilah otak kita akan mula bekerja keras. Sel-sel otak akan mula berhubung bak kata iklan susu formula bayi. Idea akan datang secara tiba-tiba. Idea baru yang tidak pernah difikirkan. Keupayaan untuk menjadi kreatif ini sama dengan otot, perlu latihan yang banyak. Semakin banyak bersenam, semakin cantik otot, begitu jugalah dengan kreativiti.

4. Minda dan badan akan seiring.
Apabila minda sudah mula kreatif, tubuh badan juga akan turut sama. Semangat untuk melakukan sesuatu yang baru itu bukan sekadar angan-angan, tetapi dengan tindakan. Kita akan dapat rasakan tenaga baru yang seolah-olah bateri yang sudah fully charge. Minda kata ya, tubuh badan pun kata ya!

5. Gagal sekali tidak bererti gagal selamanya.
Menurut Elizabeth Gilbert, seorang penulis dari Amerika Syarikat mengatakan untuk jadi seorang yang kreatif, seseorang itu perlu jadi seorang yang pemaaf. Seorang yang boleh menerima seadanya. Atau perkataan yang lebih sesuai iaitu redha. Bila timbul idea yang baru, idea tersebut tidak semestinya idea yang terbaik. Mungkin akan ada kekurangan atau idea itu sendiri gagal. Tetapi ini tidak bermakna kita perlu putus asa. Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya. Bangun dan ambil sedikit masa untuk kembalikan semangat. Ini akan latih diri untuk rasakan tidak sempurna itu tidak mengapa, tetapi apa yang penting ialah kita sudah lakukan yang terbaik. Jika kita peroleh yang sempurna, itu adalah hasil yang dihadiahkan olehNya.

Ada banyak lagi kesan bila cara kita berfikir itu berubah. Cara kita uruskan sesuatu hal juga akan jadi lebih mudah. Bila berhadapan dengan konflik atau masalah, kita boleh uruskannya dengan lebih baik kerana kita boleh lihat dari pelbagai angle dan perspektif. Oleh itu ayuh asah minda kita supaya terus kreatif.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas
Kindness Malaysia

Thursday, September 15, 2016

Tips Pengurusan Wang Untuk Keluarga



Family financial management. Bila dah mula bekeluarga, budget semua dah kena bahagi sebahagian besar untuk famili. Ada yang pm tanya, macam mana nak bahagi masa, duit semua. Terus terang income takla besar sangat, tapi kalau pengurusan wang tu betul, insyaAllah semua boleh dirancang. Isteri saya juga suri rumah sepenuh masa. So elaun kena bagi besar sikit untuknya, supaya dia pun boleh buat dia punya pengurusan wang sendiri. Di sini saya kongsikan bagaimana saya uruskan wang setiap bulan.

Saya guna cara yang sama ramai orang guna. Idea ini saya dapat dari ibu saya, bahagikan wang ikut sampul. Dapat je gaji, bahagikan siap2 duit tersebut. Baki dari duit itu baru guna untuk diri sendiri. Untuk mudah kira, boleh kira dengan income RM1000. Contohnya jika perbelanjaan 1% untuk sekolah anak, bermakna allocate RM10 sebulan.

Belanja setiap bulan (42%)
Rumah dan maintainance = 3%
Sekolah anak = 1%
Poket Kindness = 1%
Tabung shopping dan jalan2 weekend = 5%
Elaun orang rumah = 23%
Bill elektrik, unifi dan takaful = 9%

Tabung longterm (51%)
Tabung sambung belajar = 3%
Tabung kindness niat untuk parents = 2%
Tabung bercuti melancong = 5%
Tabung investment = 15%
Simpanan Tabung Haji = 15%
Simpanan Tabung Haji anak = 3%
Tabung kecemasan = 8%

Untuk diri sendiri (7%)
Duit poket sendiri untuk makan, minyak kereta dan motor = 7%

Ada kelebihan dan kekurangan di sini. Jika ikut budget bulanan saya, saya tak merasa pakai kereta hebat, saya pakai kereta berumur 12 tahun yang sudah habis bayar tapi masih in good condition. So takda wow factor bila bawa kereta. Saya juga tak beli rumah, sebab orang rumah saya kata cukuplah kita bina rumah di syurga nanti, syukur :D

Percutian di hotel dirancang oleh orang rumah sendiri
Oleh itu jika nak start budget duit untuk keluarga, asingkan siap2 semua duit untuk tabung2 tertentu. Baki duit yang ada baru guna untuk diri sendiri. Jika rasa duit untuk diri sendiri tidak cukup, bolehlah buat side income macam kerja2 freelance atau kerja income yang mudah seperti ajar tusyen atau supply nasi lemak. Boleh tambah percent pada duit poket sendiri.

Lagi satu tips ialah, biarlah orang rumah yang simpan duit semua tu. Nanti bila nak guna tabung melancong, boleh minta orang rumah rancang ikut jumlah wang yang ada dalam tabung. Happy wife happy life!

Yang suka atau nak buat jadi rujukan, bolehlah like dan share.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas
Kindness Malaysia

Sunday, May 1, 2011

Tips for having a Good Vacation


Tips percutian sebelum menaiki kapal terbang

1- chewing gum
bawa sekali chewing gum dalam kapal terbang. Dengan mengunyah chewing gum, dapat mengelak dari mulut kering dan dahaga.

Justify Fullchwing gum yang mesti ada

2- bawak porch bag atau beg kecil
untuk melepasi bahagian check in atau imigresen di lapangan terbang, segala barang dalam poket perlu dikeluarkan. Adalah lebih baik sekiranya semua barang di dalam poket seperti kunci, duit syiling, telefon bimbit di simpan di dalam porch bag. Passport dan boarding pass juga boleh disimpan dalam porch bag.

membaca di dalam penerbangan

3- bawa bahan bacaan
Bahan bacaan seperti buku motivasi, novel atau majalah dapat dibaca semasa dalam kapal terbang. Penerbangan yang lama agak membosankan dan sebaiknya jika dapat diisi dengan membaca

4- mp3 atau ipod
Mp3 atau ipod juga berguna dengan "kill the time" semasa daam penerbangan. Mp3 ini boleh diisi dengan lagu-lagu kegemaran, ayat-ayat suci al-Quran atau ceramah-ceramah agama dan motivasi

5- kasut
Pastikan kasut yang dipakai adalah selesa seperti sandals atau lofer. Bagi saya, kasut sarung seperti lofer amat selesa kerana boleh ditanggalkan semasa dalam penerbangan

6- minyak wangi
Semasa berada di lapangan terbang, biasanya saya akan terus ke kedai bebas cukai yang menjual perfume, atau minyak wangi. Minyak wangi yang dibawa biasanya tidak boleh dibawa sebagai hand luggage. Oleh itu, di kedai minyak wangi bebas cukai, kita boleh sembur minyak wangi kegemaran menggunakan botol tester dibaju dan lengan.

7- air mineral dan makanan
Air mineral boleh dibeli di boarding area. Sebaiknya beli sebotol air mineral supaya dapat diminum semasa dalam kapal terbang. Bagi makanan pula, saya biasa bawa burger yang dibeli di McDonalds atau burger KFC dan disimpan di dalam porch bag. Setiap kali check in atau bahagian imigresen tidak membawa sebarang masalah untuk dibawa dalampenerbangan.

p/s tips ini hanyalah idea semata-mata dan mungkin tidak dapat diaplikasikan di semua penerbangan.

Muhammad bin Kamarulazizi


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...