Bisnes

Dapatkan khidmat nasihat tentang penjenamaan, pemasaran dan kerja sosial dari Matasura Services

Kehidupan

Perihal kehidupan serta tips. (Gambar di Pos Betau, Pahang)

Motivasi

Motivasikan diri anda! (Gambar di Asrama Darul Falah (ASDAF), Bukit Persekutuan Kuala Lumpur)

Makan Angin

Makan angin di dalam dan luar negeri. (Gambar di Yangon, Myanmar)

Isu Semasa

Isu semasa di Malaysia dan luar negara. (Gambar di perkarangan Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis)

Booking.com

Friday, October 21, 2016

Konsultasi Perniagaan di Facebook



Adakah anda ingin membuka akaun perniagaan di Facebook tetapi tidak tahu caranya?

Adakah anda ingin letakkan gambar dan promosi produk anda tetapi tidak tahu caranya?

Adakah anda ingin tahu cara pemasaran perniagaan di Facebook yang paling mudah yang tidak perlukan kemahiran atau pengetahuan IT?

Adakah anda ingin tahu cara untuk bina pelan pemasaran Facebook yang mudah difahami?

Hubungi kami, kami tawarkan konsultasi yang sangat berpatutan.

Sesuai untuk level beginner yang tiada langsung tahu menahu tentang pemasaran Facebook atau admin yang sudah mempunyai perniagaan di Facebook.

Konsultasi boleh dilakukan face to face (Lembah Klang) atau melalui Whatsapp.

Serendah RM30 sahaja untuk setiap sesi. Tidak perlu malu dan segan. Lakukan sekarang untuk perniagaan anda.

Konsultan berpengalaman 7 tahun dalam media sosial dan juga merupakan bekas pensyarah (subjek Internet Marketing) di UIA, Gombak

Hubungi kami di 0183800961 atau 0107789145

Wednesday, October 19, 2016

Cetak Fliyers dan Edaran Serendah 17 sen Sehelai!



Kos serendah 17 sen sehelai fliyers sekali dengan pengedaran (fliyers distribution)!

Peluang untuk kembangkan perniagaan anda!  Anda letakkan iklan bersama kami dan kami akan edarkan untuk anda. Pakej yang menarik untuk peniaga-peniaga yang ingin bisnes mereka berjaya!

Caranya mudah sahaja.

1- Pilih saiz ruang iklan
2- Lakukan pembayaran
3- Emailkan design iklan dan slip pembayaran anda.
4- Kami akan edarkan iklan tersebut di sekitar Lembah Klang. Tertumpu di kawasan perumahan, pejabat dan juga pengangkutan awam.

Pakej cetakan fliyers dan pengedaran sekali gus


Semua kami lakukan untuk anda! Jika anda tidak mempunyai design iklan, kami boleh designkan iklan anda dengan harga cuma RM50 sahaja.

Jangan lepaskan peluang yang ada ini. Terhad kepada 7 pengiklan yang pertama. Harga promosi sekarang ialah RM190 untuk iklan bersaiz 105x148mm dengan cetakan sebanyak 1000 keping kertas artwork glossy.

Tidak perlu pening lagi untuk untuk print flyers, edarkan. Semua kami akan lakukan untuk anda!

Perkhidmatan ini sesuai untuk:
1- Perniagaan online
2- Ejen takaful, insurans, unit trust dan hartanah
3- Perniagaan makanan dan katering
4- Perniagaan servis seperti fotografi, mak andam dan tusyen
5- Perniagaan yang ingin kenalkan produk dan servis mereka kepada orang ramai

Hubungi sale kami untuk maklumat lanjut di 

010-778 9145 Pejabat
012-435 8474  Roghdaryanti Binti Hashim​ 
013-4922592 NickSharni Shinny​
017-704 0548 Adam

atau email di matasura@yahoo.com.

Muhammad bin Kamarulazizi
Matasura Services

Thursday, September 15, 2016

Tips Pengurusan Wang Untuk Keluarga



Family financial management. Bila dah mula bekeluarga, budget semua dah kena bahagi sebahagian besar untuk famili. Ada yang pm tanya, macam mana nak bahagi masa, duit semua. Terus terang income takla besar sangat, tapi kalau pengurusan wang tu betul, insyaAllah semua boleh dirancang. Isteri saya juga suri rumah sepenuh masa. So elaun kena bagi besar sikit untuknya, supaya dia pun boleh buat dia punya pengurusan wang sendiri. Di sini saya kongsikan bagaimana saya uruskan wang setiap bulan.

Saya guna cara yang sama ramai orang guna. Idea ini saya dapat dari ibu saya, bahagikan wang ikut sampul. Dapat je gaji, bahagikan siap2 duit tersebut. Baki dari duit itu baru guna untuk diri sendiri. Untuk mudah kira, boleh kira dengan income RM1000. Contohnya jika perbelanjaan 1% untuk sekolah anak, bermakna allocate RM10 sebulan.

Belanja setiap bulan (42%)
Rumah dan maintainance = 3%
Sekolah anak = 1%
Poket Kindness = 1%
Tabung shopping dan jalan2 weekend = 5%
Elaun orang rumah = 23%
Bill elektrik, unifi dan takaful = 9%

Tabung longterm (51%)
Tabung sambung belajar = 3%
Tabung kindness niat untuk parents = 2%
Tabung bercuti melancong = 5%
Tabung investment = 15%
Simpanan Tabung Haji = 15%
Simpanan Tabung Haji anak = 3%
Tabung kecemasan = 8%

Untuk diri sendiri (7%)
Duit poket sendiri untuk makan, minyak kereta dan motor = 7%

Ada kelebihan dan kekurangan di sini. Jika ikut budget bulanan saya, saya tak merasa pakai kereta hebat, saya pakai kereta berumur 12 tahun yang sudah habis bayar tapi masih in good condition. So takda wow factor bila bawa kereta. Saya juga tak beli rumah, sebab orang rumah saya kata cukuplah kita bina rumah di syurga nanti, syukur :D

Percutian di hotel dirancang oleh orang rumah sendiri
Oleh itu jika nak start budget duit untuk keluarga, asingkan siap2 semua duit untuk tabung2 tertentu. Baki duit yang ada baru guna untuk diri sendiri. Jika rasa duit untuk diri sendiri tidak cukup, bolehlah buat side income macam kerja2 freelance atau kerja income yang mudah seperti ajar tusyen atau supply nasi lemak. Boleh tambah percent pada duit poket sendiri.

Lagi satu tips ialah, biarlah orang rumah yang simpan duit semua tu. Nanti bila nak guna tabung melancong, boleh minta orang rumah rancang ikut jumlah wang yang ada dalam tabung. Happy wife happy life!

Yang suka atau nak buat jadi rujukan, bolehlah like dan share.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas
Kindness Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...