Bisnes

Dapatkan khidmat nasihat tentang penjenamaan, pemasaran dan kerja sosial dari Matasura Services

Kehidupan

Perihal kehidupan serta tips. (Gambar di Pos Betau, Pahang)

Motivasi

Motivasikan diri anda! (Gambar di Asrama Darul Falah (ASDAF), Bukit Persekutuan Kuala Lumpur)

Makan Angin

Makan angin di dalam dan luar negeri. (Gambar di Yangon, Myanmar)

Isu Semasa

Isu semasa di Malaysia dan luar negara. (Gambar di perkarangan Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis)

Booking.com

Tuesday, February 3, 2015

Pakgad Adalah Jiran Kita Juga


Sejak dua hari kereta takleh gerak. Alternator kong, so panggil pomen datang. Sementara tunggu pomen datang, bersembang dengan pakgad. Amjad namanya, dari Nepal. Dah 4 tahun kerja sebagai sekuriti, shif 12 jam, 8 pagi sampai 8 malam. Saya tanya, sarapan selalu makan apa. Dia kata masak sayur ramai2. Dapat semangkuk tapi portion kecik. Bolehlah tahan sampai petang. Dalam jam 4 atau 5 petang, memang perut akan berkeroncong. Lagi2 time panas, saya rasa tekak pun bleh kering. Mana ada watercooler kat flat saya duk nih. Kesian lak saya rasa, hari2 macam tu lah keadaannya. Pagi keluar gi kerja pakgad akan greet selamat pagi bos, petang pun akan greet selamat petang bos dengan senyuman lagi. Tanpa sedar time petang macam nih depa memang betul2 lapar dan dahaga, berbekal sayur saja dalam perut. Oleh sebab duit dalam poket kindness masih banyak, saya pun pi la beli apam balik rm2, dapat 5 keping dan air teh o limau bungkus rm1 bagi kat pakgad nih. Nindiaa, dia punya la happy. Duk terima kasih bos banyak kali plak.

So lepas nih balik keja bleh la pi singgah gerai tepi jalan, beli kuih atau ayaq utk pakgad. Bleh la jadikan amalan, lagipun depa nih kira jiran kita jugakkan? :)

#KindnessMalaysia

Friday, November 21, 2014

Apa Yang Berlaku Apabila Belanja Pakcik Tua Makan Sarapan


Awal pagi nak pergi kerja, kereta pulak xleh start. Berkali2 try, akhirnya boleh start. Bateri problem agaknya. Saya terus ke workshop dan saya dapati bateri saya sudah kong. Sementara tunggu bateri ditukar, saya pergi breakfast nasi lemak. Disebabkan meja penuh, saya tumpang meja dengan seorang pakcik tua mcm comot sikit. Pakcik tu cuma makan nasi lemak kosong dengan teh o panas. Pakcik nih senyap je dan makan sambil tunduk.

Selesai makan, saya ke workshop, dan minta bil kerana kereta sudah siap. Terkejut saya tgk bil RM320 utk tukar bateri. Walhal bateri baru berumur 1 tahun. Saya keluarkan duit, tetiba pengurus workshop kata jangan bayar lagi. Pengurus kata tak perlu bayar untuk bateri baru, katanya bateri sepatutnya boleh tahan hingga 2 tahun atau lebih. Bateri tu free, dan dia akan claim pada supplier. Saya rasa sungguh gembira dan sangat bersyukur.

Rupanya disebabkan saya bayarkan breakfast pakcik tua tadi berjumlah RM2, saya dah dapat jimat RM320 plus dapat bateri kereta baharu. Alhamdulillah. Sekian kisah untuk hari ini. :)

#kindnessmalaysia

Thursday, October 9, 2014

Lego Dengan Lebih Kreatif

Joker versi Lego

Sejak zaman sekolah lagi, saya memang meminati Lego. Belajar bersungguh-sungguh dan hadiahnya juga ialah Lego yang akan dibelikan oleh ibu bapa saya. Apabila sudah dewasa, minat terhadap Lego seolah-olah kembali. 

anting-anting Lego

tabung Lego

Tie Pin

Cuff ling Lego


Seorang rakan saya merupakan pengumpul produk Lego dan ada juga sebahagian Lego dijadikan eksesori seperti cufflings, gelang, klip tali leher dan pelbagai lagi. Saya teruja dan saya ada memesan kepadanya yang saya inginkan Lego watak Joker. Tidak sampai seminggu, rakan saya tersebut berjaya dapatkan Lego Joker untuk saya.

Produk Lego Kreatif yang Lain seperti gelang dan keychain

Rakan saya ini ada biasa jual Legonya di Uptown sekitar Kota Damansara dan Sungai Buloh. Juga di beberapa carboot event di sekitar Lembah Kelang. Untuk tempahan atau request Lego yang unik dan kreatif, boleh layari Fanpage Toys & Collectibles atau Instagram di toysandcollectibles03. Sesuai untuk door gift, corporate gift, hadiah harijadi dan juga fesyen.

Muhammad
Peminat Lego

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...