Bisnes

Dapatkan khidmat nasihat tentang penjenamaan, pemasaran dan kerja sosial dari Matasura Services

Kehidupan

Perihal kehidupan serta tips. (Gambar di Pos Betau, Pahang)

Motivasi

Motivasikan diri anda! (Gambar di Asrama Darul Falah (ASDAF), Bukit Persekutuan Kuala Lumpur)

Makan Angin

Makan angin di dalam dan luar negeri. (Gambar di Yangon, Myanmar)

Isu Semasa

Isu semasa di Malaysia dan luar negara. (Gambar di perkarangan Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis)

Booking.com

Thursday, February 6, 2014

Beli Barang Terus Dari Amerika Syarikat

baju tshirt Harvard
Produk seperti Corelle (set pinggan mangkuk), Coach (beg wanita) dan Medela (produk bayi) adalah antara produk premium dimana harganya agak tinggi di Malaysia. Namun begitu ada cara untuk mendapatkan dengan harga lebih murah dan lebih banyak model atau design yang lebih cantik. Kebanyakan produk di luar negara agak berbeza dengan produk dalam Malaysia walaupun jenamanya adalah sama.

Produk Coach


Saya berpeluang untuk mendapatkan beberapa produk yang agak sukar untuk diperoleh di Malaysia. Hampir 10 tahun yang lepas, saya dapat membeli sepasang sarung tangan jenama Alpinestar yang dijual di Amerika Syarikat melalui seorang kawan. Harganya agak murah berbanding dengan di sini dan tidak risau tentang keasliannya kerana kebanyakan produk di USA adalah original.

12 set Pyrex dengan harga cuma RM230 dari US
Kali ini ada sehelai baju yang saya cuba dapatkan di kedai bundle di KL, tetapi tak pernah jumpa. Saya cuba search dalam internet dan saya dapati baju yang saya inginkan ini boleh di dapati di kedai online Universiti Harvard. Kebetulan saya mendapat tahu ada sebuah fanpage di Facebook yang boleh bantu untuk dapatkan barangan serta produk di US dan dihantarkan terus ke Malaysia. Penghantaran biasanya akan mengambil masa antara 3 hingga ke 4 minggu. Melihat dari respon dalam Facebook, saya percaya laman ini boleh dipercayai, lagi-lagi sepupu saya sendiri sangat mengenali mereka di sana.


tabung botol Coca Cola dari Walmart

Saya cuba menghubungi mereka melalui private message dan mereka boleh bantu belikan baju yang saya inginkan tersebut. Kebetulan ada sepupu saya yang juga ingin dapatkan barang dari sana seperti beg Coach dan barangan bayi. Baju sudah dibeli dan kini menunggu baju itu untuk sampai di Malaysia. Harga yang ditawarkan untuk postage juga berpatutan kerana kuantiti yang dihantar adalah banyak. Harga baju tersebut juga mengikut harga yang ditawarkan dalam internet, tetapi saya tambahkan upah extra atas kesudian untuk mereka bantu saya untuk belikan baju tersebut.

Mungkin ramai yang mempunyai hajat yang sama, boleh layari laman fanpage mereka iaitu Authentic Aqil Collections. Lokasi mereka di Atlanta, Georgia. Dan pada peminat Coca Cola juga boleh cuba dapatkan collectible items dari mereka. Boleh email mereka juga di Aqilcollections@gmail.com.

p/s tak sabar nak tunggu baju Harvard nih!

Muhammad bin Kamarulazizi

Wednesday, December 4, 2013

Negara Maju dan Tahap Kesihatan Mental

Kini kita sudah hampiri penghujung 2013 dan dikejutkan dengan berita jenayah yang tidak masuk akal. Baru-baru ini kecoh satu Malaysia tentang kehilangan tiga adik beradik dimana mangsa dirogol dan dibunuh. Umur mereka yang setahun jagung ini membuatkan kita semua terfikir mengapa masih ada manusia yang sangat rakus dan kejam yang sanggup bertindak sedemikian. Mengapa semua ini berlaku? Dan mengapakah jenayah sebegini semakin menjadi-jadi?

Ada yang berpendapat kes jenayah sebegini meningkat sejajar dengan kemajuan sebuah negara. Fakta sebegini agak pelik. Sebuah graf yang menunjukkan peningkatan tahap ekonomi yang pesat, tetapi pada masa yang sama graf kekerapan jenayah juga meningkat. Negara kita ini tinggal kurang dari enam tahun sebelum mencapai tahun 2020 menjadikan negara kita sebuah negara yang maju. 

Negara kita seharusnya bersedia sepenuhnya untuk menjadi sebuah negara yang maju. Sebuah negara maju akan dilayan seperti sebuah negara maju dan dari aspek ekonomi, tiada lagi pengurangan cukai serta insentif lain tidak lagi dapat dinikmati seperti sebuah negara yang membangun. Daya saing harus ditingkatkan setaraf negara maju, dan industri-industri perniagaan dalam Malaysia seharusnya dapat berdaya saing setaraf negara maju. Hal berkenaan dengan kehidupan sosial rakyat Malaysia juga perlu diambil kita. Ekonomi yang pesat akan membuatkan masyarakatnya juga bekerja keras dan berdaya saing. Dan harus diingatkan, kesihatan mental juga akan mula memberi kesan, dimana lebih ramai orang akan mula menghadapi tekanan mental, kemurungan dan sebagainya. Oleh itu sebagai sebuah negara yang mmpunyai wawasan untuk menjadi sebuah negara yang maju, kita bersama kerajaan Malaysia seharusnya meningkatkan pelaburan dalam aspek kerohanian dan pembangunan kesihatan mental manusia sejajar dengan perkembangan ekonomi pesat negara. Kita tidak mahu jadi seperti negara Barat yang sudah maju, tetapi pada masa yang sama tekanan mental dan kadar jenayah juga meningkat. Biarlah negara kita menjadi sebuah negara yang maju, dan pada masa yang sama juga mempunya tahap mental sihat yang tinggi juga.

Disiarkan di Harian Metro 12 Disember 2013

Muhammad bin Kamarulazizi

Wednesday, November 20, 2013

Villa Nabila dan Penjenamaan

Kali ini seluruh Malaysia dikejutkan dengan kehilangan seorang remaja di Johor apabila sekumpulan remaja sengaja ingin melawat Villa tersebut. Kebetulan cuti sekolah baru sahaja bermula dan pelbagai aktiviti sudah bermain dalam fikiran. Cuti yang panjang ini bererti pelbagai perkara dan aktiviti dapat dijalankan. 

Saya agak terkejut juga apabila mendapat tahu pada mulanya 27 orang telah hilang apabila masuk ke rumah banglo tersebut. Kemudian tersebar pula yang bahawa hanya seorang sahaja yang telah hilang. Info bergerak begitu pantas sekali dalam media sosial tanpa mengetahui asas kebenarannya. Dan yang terkini remaja lelaki yang hilang tersebut berada di rumah teman wanitanya.

Apa yang dapat kita rumuskan di sini? Kisah tentang kehilangan remaja lagi-lagi melibatkan aktiviti paranorma sangat mendapat perhatian orang ramai. Mendapat perhatian orang ramai ini bermaksud menjadi bualan, lagi-lagi di laman Facebook dan terus bercambahnya artikel serta blog yang berkongsikan tentang kisah-kisah tersebut. Malahan info sebegini juga mendapat perhatian media massa.

Kisah sensasi sebegini dapat dijadikan petunjuk kepada 'marketer' tentang bagaimana sesuatu teknik pemasaran itu dapat dijadikan 'viral' atau bualan orang ramai. Kebetulan sekarang saya juga sedang menulis disertasi berkenaan dengan komunikasi orang ramai dan kesan kepada penjenamaan. Secara asasnya, perkara yang aneh atau ajaib semestinya dapat menarik perhatian orang ramai. Dapat disimpulkan di sini, apa sahaja yang aneh atau ajaib atau mungkin diluar pemikiran manusia, pasti dapat menarik perhatian orang ramai. Dengan sedikit teknik pemasaran, sudah pasti dapat membantu menaikkan nama sebuah jenama. Namun begitu, harus diingatkan kesannya boleh dilihat dari dua aspek iaitu positif mahupun negatif.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pelajar Tahun Akhir Sarjana Pengurusan Perniagaan, UTM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...