Bisnes

Dapatkan khidmat nasihat tentang penjenamaan, pemasaran dan kerja sosial dari Matasura Services

Kehidupan

Perihal kehidupan serta tips. (Gambar di Pos Betau, Pahang)

Motivasi

Motivasikan diri anda! (Gambar di Asrama Darul Falah (ASDAF), Bukit Persekutuan Kuala Lumpur)

Makan Angin

Makan angin di dalam dan luar negeri. (Gambar di Yangon, Myanmar)

Isu Semasa

Isu semasa di Malaysia dan luar negara. (Gambar di perkarangan Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis)

Booking.com

Thursday, June 13, 2019

Body Language Pengakuan Haziq Aziz



Gempar juga bila video tular yang dikaitkan dengan seorang lagi menteri. Disusuli pula dengan pengakuan dari seorang manusia yang dikatakan namanya Haziq Aziz, Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Md Akin.

Saya pun tak tahu benar atau tidak. Tetapi saya nak kongsikan apa yang boleh dilihat dari bacaan tubuh badan manusia yang lakukan pengakuan tersebut. Bukan bahasa tubuh badan video tular yang pertama.

Video yang dikongsikan durasinya ialah 34 saat dimuat naik di lama FB Haziq Aziz pada 12 Jun 2019 jam 2.31am. Sehingga ke tarikh hari ini, 13 Jun 2019, jam 6.54 pagi, video itu masih ada lagi.

Bila kita lihat video ini, peluang untuk baca body language adalah terhad. Kerana tubuh badannya kaku, tangan dan kaki tidak kelihatan. Tetapi wajahnya jelas. Dan di sini kita boleh baca bahasa tubuhnya melalui micro expression. Kita mula dari saat ke 34.

0034 - 0029 - 5 saat pertama eye contact dapat maintain depan kamera. Ini biasanya boleh dilakukan oleh amatur selepas beberapa kali percubaan rakaman. Hanya pembaca berita atau selebriti sahaja yang biasanya faham teknik eye contact depan kamera, dan dapat fokus mata pada kamera.

0029 - Mata pengaku cenderung ke kiri atas tubuh badan, biasanya bermaksud dia tidak selesa dengan apa yang dilakukannya. Atau erti kata pendek, aku nak lari dari semua ini.  Ini berlaku kurang dari setengah saat.

0028 - 0026 - Mata pengaku dah mula mengecil dan ini biasanya ingin menunjukkan tahap serius pengaku atau pengakuannya, tetapi bila dilihat di sini sebenarnya bermaksud dia dalam keadaan takut dan tertekan.

0026 - 0024 - Kali ini pengaku melihat ke sebelah kanan atas lebih dari sekali dan ini biasanya bermaksud dia sedang proses maklumat atau pesanan yang telah disampaikan.

0020 - Kening pengaku terangkat biasanya menunjukkan pengaku inginkan perhatian terhadap apa yang dikatakannya. Dan perkataan yang disebut masa dia mengangkat kening ialah "telah diambil" dari ayat penuh video tersebut telah diambil.

0019 - Sekali lagi pengaku melihat sebelah kanan yang biasanya membawa maksud dia sedang proses maklumat atau pesanan yang ada dalam fikirannya.

0018 - Kening pengaku terangkat sekali lagi, tetapi tidak tinggi. Ini biasanya bermaksud dia menekankan lagi perkataan yang disebutnya iaitu "Pada 11 Mei".

0018 - 0015 - Mata pengaku kerap berkelip tetapi dalam keadaan yang perlahan. Ini bererti tekanan perasaan pengaku semakin tinggi dan pengaku sudah mula rasa penat dengan apa yang ingin disampaikan. Pendek kata minat semakin berkurang.

0015 - 0000 -  Mata pengaku makin kerap berkelip menunjukkan tekanan semakin tinggi. Terutama sekali apabila menyebut SPRM untuk menyiasat. Matanya juga kerap ke kanan memastikan apa yang ada dalam fikiran selesai disampaikan. Tempo penyampaian juga jadi semakin laju untuk tamatkan terus pengakuan tersebut.

Ini adalah pengamatan body language dari saya sendiri dan tidak ada kaitan untuk berpihak pada mana-mana pihak. Perkongsian ini mungkin betul dan boleh juga jadi tidak betul. Jika pengaku mempunyai kemahiran body language yang mantap, mungkin bahasa tubuh badan ini tidak boleh diguna pakai.

Apa yang dilihat adalah dari pemerhatian saya sendiri sahaja. Semoga bermanfaat.

Muhammad bin Kamarulazizi
Strategic Consultant
Matasura Services


Sunday, October 28, 2018

Body Language Najib di Rancangan 101 Al Jazeera


Ada kawan request untuk saya tulis body language interview Najib di Al Jazeera. Saya pun kata why not. Alang-alang waktu cuti ini boleh kongsi knowledge tentang body language. Tafsiran ini adalah berdasarkan pemerhatian saya sendiri. Mungkin betul atau salah, tetapi secara amnya, gerak tubuh badan manusia sememangnya menyampaikan mesej tertentu kepada orang yang melihatnya dengan teliti.

Di sini saya kongsikan apa yang saya lihat untuk rujukan bersama. Video boleh rujuk di sini.:

Najib (3:42) - Cara Najib berjalan masuk dan melihat dengan anak mata sahaja tanpa menggerakkan kepala ke arah Anna bermaksud aku datang bersedia dan ko tak akan berjaya kenakan aku. Seolah-olah Najib sudah bersedia dengan interview ini. Najib terus pandang camera untuk kurang 2 saat untuk menunjukkan yang dia bersedia. 

 Najib (3:51) - Kepalanya ke belakang sedikit semasa bercakap, menampakkan double chin. Ini mesej yang aku ini dari level atas dan bangga (aristocracy and arrogant). Kena pula bila dia jawab soalan, kening dia ke atas. 

 Anna (3:57) - Setiap percakapannya disulam dengan tenungan tajam tepat pada mata Najib. Teknik ini adalah cara paling mudah untuk lihat saiz pupil dalam mata Najib apabila menjawab soalan. Manusia tidak dapat kawal saiz pupil mata sendiri dan pembacaan melalui pupil mata ini adalah antara tafsiran yang paling mudah untuk dibaca. Dan cara ini adalah teknik untuk serang Najib supaya dia rasa tidak selesa. Ini dinamakan serangan awal.  

Najib (4:04) - Kepala Najib senget ke sebelah sekejap kiri dan sekejap beralih ke kanan menunjukkan di peringkat awal soalan, dia bersedia dan berminat untuk menjawab soalan. 

 Najib (4:15) - Soalan pertama lagi kaki dan tangan Najib sudah silang. Ini menunjukkan dia tidak sudah berada dalam "defensive mode". Ini satu petanda yang kurang baik. 

 Anna (4:43) - Bila Anna ulang sebut propaganda yang disebut oleh Najib sambil senyum, ini adalah mesej sinis yang sengaja disampaikan kepada Najib supaya Najib rasa geram dan nak marah. Najib bila nampak Anna buat begitu, Najib respond dengan pejam mata untuk sesaat tanda tidak setuju. 

Najib (4:56) & (7:28) - Najib ada seperti telan air liur, pergerakan di bahagian leher apabila Anna sebut kleptokrasi (4:56) dan surat dari Saudi (7:28). Tindakan ini hanya kurang dari sesaat, tetapi sudah mampu hantar mesej ke seluruh dunia yang Najib sudah tidak selesa dan mula rasa cuak. 

 Anna (5:21) - Anna tenung sambil kecilkan mata (1 saat) bila Najib kata it is not true. Mesej Anna ialah, ko ni cakap betul atau tak ni? 

 Najib (5:59) - Najib menyentuhkan semua jari kiri dan kanan menunjukkan dia berkeyakinan tinggi untuk menjawab. 

 Najib (7:35) - Najib dua kali cuba pandang ke kiri seolah ada mesej yang ingin disampaikan oleh seseorang kepadanya. Dan tindakan itu kurang dari setengah saat. Ini sudah menunjukkan ada benda yang distract Najib, atau dia memerlukan bantuan atau nasihat dari kawannya di studio. 

 Najib (7:43) - Najib dah mula condong badannya ke sebelah (kiri). Ini mesej yang Najib sudah tidak rasa selesa dengan soalan-soalan dari Anna.

Saya nak teruskan lagi sampai habis, tetapi terlalu banyak pula informasi yang dapat saya korek (tafsir) dari body language temuramah Anna dan Najib. Risau pula nanti ada yang mengaibkan. Maka saya berhenti untuk lapan minit yang pertama sahaja.

Apa yang saya kongsikan ini adalah untuk pengetahuan bersama dan tidak bertujuan untuk menghina mana-mana pihak. Harap semua dapat terima manfaat. Moga kita semua dapat perlindungan dariNya, amin.

Muhammad bin Kamarulazizi
Konsultan
Matasura Services

Wednesday, March 15, 2017

Jenis Harga Outlet di Amerika Syarikat yang Perlu Kita Ketahui



Alhamdulillah saya berpeluang untuk ke Amerika Syarikat untuk melawat adik saya yang baru sahaja tamat belajar di Georgia Tech University. Adik saya yang bakal pulang ke Malaysia hujung bulan Mac 2017 ini, maka saya ambil kesempatan untuk melawatnya sebelum dia pulang terus ke Tanah Air. Hari ini saya sudah seminggu berada di sini, di Atlanta, Georgia.

Apabila merancang untuk ke Amerika Syarikat, perkara pertama sekali yang akan terlintas dalam kepala ialah untuk membeli belah terutama sekali di outlet. Outlet di US sangat berbeza dengan outlet di Malaysia. Saya biasa pergi ke JPO dan Mitsui Premium Outlet, tetapi harga yang ditawarkan masih agak mahal dan saya rasa kurang berbaloi untuk berbelanja di situ. Berbeza pula dengan outlet di US, ada masanya harga akan diskaun sehingga 70%, malah hingga ke 90%, bergantung kepada musim.

Antara jenama kegemaran seperlti Columbia, Corele dan Gymboree
Banyak barangan produk berjenama terdapat dijual di outlet di US. Saya memilih untuk membeli barangan di sini kerana kualiti produknya. Nak dapatkan pakaian, beg dan lain-lain, kebanyakannya yang berjenama ini kualitinya terjamin. Oleh itu sebelum mula merancang budget untuk membeli belah, kategori harga perlu diketahui dahulu. Dan sebaiknya, compare harga dengan harga online dahulu supaya kita dapat nilai yang terbaik. Biasanya saya akan bandingkan dengan harga di Amazon. Jika di Amazon murah, maka saya order terus di Amazon. Saya kategorikan harga kepada 5 jenis.

1. Harga Butik
Harga butik ini ialah harga standard bagi barangan jenama tersebut. Contohnya jika nak beli Coach di butik biasa, harganya adalah harga pasaran dan produk yang dijual adalah up to date. Harganya akan lebih kurang sama dengan harga laman rasmi barangan berjenama tersebut.

Kitchen Aid, boleh dapat harga serendah $219 untuk mixer professional

Converter yang diperlukan jika beli barang dapur elektrik seperti Kitchen Aid
2. Harga Outlet
Harga di sini lebih murah dari harga di butik. Ini yang buatkan outlet sangat istimewa. Barangannya biasanya out of season, tetapi macam kita di Malaysia, tak kisah pun out of season, asalkan barang berjenama itu nampak cantik dan boleh pakai atau guna. Harganya boleh sampai 50% harga asal butik. Harga asal biasanya diletakkan juga pada tag supaya kita mudah untuk lihat berapa banyak diskaun yang diberikan. Contohnya jika beg Coach di butik harganya $600, harga di outlet boleh jatuh ke $300. Saya sempat melawat North Georgia Outlet Premium Outlets dan The Outlet Shoppes at Atlanta (ini outlet kegemaran saya). Nak tengok contoh jenama outlet yang ada seperti di sini.

3. Harga Outlet dengan Diskaun Tambahan
Ini uniknya outlet di Amerika Syarikat. Diskaun tambahan ini adalah diskaun atas diskaun. Ada masa sesetengah jenama akan lakukan diskaun lagi untuk pelanggannya. Sebagai contoh harga asal outlet beg Coach tadi ($300), ada lagi diskaun 50%, maka harganya akan turun lagi ke $150. Dan jika bernasib baik, manager kedai akan beri tambahan lagi 20% membuatkan harga menjadi  $120. Tambahan 20% saya pernah dapat bila datang bila kedai outlet dah nak tutup sambil kita beri ayat manis kepada manager kedai tersebut. Boleh juga dapatkan rak yang ada label clearance, biasanya akan jatuh lebih murah.

Setiap outlet berdasarkan jenama. Sama seperti di Malaysia

Antara sales yang ada di Outlet Guess


4. Harga TJ Maxx, Marshall atau Ross
Ini juga adalah outlet yang jual pelbagai barangan berjenama tetapi lebih out of season. Jika outlet biasa out of season mungkin 2, 3 musim, outlet di TJ Maxx atau Marshall atau Ross ini out of season lebih dari setahun ke atas. Harga diskaun di sini akan diberikan berdasarkan harga asal outlet. Contohnya jika beg Coach berharga $300, mungkin harga di sini akan jadi $170. Outlet ini mempunyai pelbagai jenis pakaian berjenama seperti Tommy Hilfiger, Polo Ralph Lauren, Michael Kors dan lain-lain. Ada sesetengah barang saya lebih suka cari di sini seperti kaca mata hitam, jenama Tommy boleh dapat $10. Tali pinggang juga murah bawah $10. Jika pandai cari yang clearance (label merah), harganya akan lebih murah. Lagi satu jika nak beli beg Samsonite, disyorkan beli di sini kerana boleh dapat bawah $100 untuk saiz yang besar.

Kasut Nike disusun mengikut saiz kaki
Contoh clearance di outlet True Religion

Kasut Sketchers

Mainan di  outlet Toys R us

beg Coach boleh dapat serendah $19.99
5. Harga The Thrift Store.
Ini kedai paling murah. Jika di Malaysia sama taraf dengan kedai bundle. Baju boleh dapat semurah satu Dollar. Tetapi di sini ada baju baru dan juga terpakai. Jika nasib baik, bolehlah jumpa baju baru yang masih elok. Saya bila travel ke US, cuma bawa beg galas dengan 2 atau 3 helai baju sahaja. Jejak kaki di US, saya terus ke Thrift Store untuk cari baju untuk hari-hari berikutnya. Alhamdulillah saya dapat baju baru Nike, Columbia dan Greg Norman dengan harga 50 cent, ada juga sedollar.

Rujukan di atas ini lebih tertumpu untuk negeri yang saya lawat, iaitu Atlanta, Georgia. Nama bagi TJ Maxx, Marshall atau Ross mungkin berbeza di negeri lain. Jika TJ Maxx tiada di negeri lain, mungkin nama yang lain yang sama seperti TJ Maxx. Oleh itu rancang perbelanjaan anda. Buatkan senarai barang yang ingin dicari dan sediakanla duit yang secukupnya. Jangan lupa bawa jaket kerana ada masa angin yang lalu buatkan diri rasa sejuk. Jika ada pertanyaan atau cadangan, boleh terus komen di bawah. So all the best!

Muhammad bin Kamarulazizi
Atlanta, Georgia, USA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...