Iklan amal yang kreatif menggunakan selebriti.
Pages - Menu
▼
Thursday, February 28, 2013
Wednesday, February 27, 2013
Artis dan Politik
Pilihanraya semakin hangat diperkatakan dan parti politik sudah mula mengeluarkan manifesto masing-masing bagi menarik undi. Apa yang menarik, setiap kali menjelang pilihanraya, artis juga tidak ketinggalan untuk menyuarakan sokongan mereka terhadap mana-mana parti politik yang mereka minati. Sokongan artis terhadap sesebuah parti politik sedikit sebanyak akan membantu mempengaruhi undian masyarakat umum menjelang pilihanraya kelak.
Melihat dari satu sudut, penglibatan artis dalam arena politik ini sebenarnya akan menimbulkan pelbagai persepsi daripada orang ramai lagi-lagi peminat mereka. Artis perlu faham dimana peminat mereka minat dengan bakat dan mungkin gaya yang ditonjolkan artis, dan bukannya kerana fahaman politik. Mungkin tidak salah, untuk seorang artis menunjukkan kecenderungan terhadap sesebuah parti politik tetapi impaknya akan memberi kesan kepada orang ramai.
Kita lihat keadaan politik di Malaysia semakin serius. Mereka yang menyokong parti A, mempunyai pandangan yang berbeza terhadap parti B. Walaupun dengan pandangan berbeza, mereka tetap bersatu dalam beberapa perkara yang lain. Contohnya sama-sama meminati pasukan bola sepak Malaysia, sama-sama juga menyokong pasukan badminton negara di persada dunia. Tidak terlepas juga meminati artis yang sama!
Seorang peminat, sekiranya tiba-tiba mendapati artis yang diminatinya cenderung kepada sebuah parti politik yang tidak sependapat dengannya, sudah pasti perasaan mula membenci akan timbul. Seperti sepasang kekasih, pada mulanya amat saling menyayangi, tetapi apabila salah seorang itu curang, pergaduhan besar dan saling benci membenci akan timbul serta merta.
Secara peribadi, saya berpendapat sekiranya seorang artis itu mempunyai misi untuk meneruskan karier dalam politik, bolehlah teruskan. Namun bagi yang setia dalam industri hiburan, sebaiknya kekal "neutral" agar imej itu sentiasa terpelihara daripada asam garam politik.
Diterbitkan dalam Harian Metro 28 Februari 2013
Muhammad bin Kamarulazizi
Friday, February 15, 2013
Promosi Char Kuew Teow di Bom Kitchen
Bom Kitchen yang terkenal dengan Char Kuey Teow C4 kini mengadakan promosi dengan membeli 2 akan dapat percuma 1 untuk setiap pembelian Char Kuey Teow Grenade (saiz besar). Setiap pelanggan yang berminat untuk tawaran ini hanya perlu dapatkan kupon di laman Facebook Bom Kitchen di http://www.facebook.com/bomkitchen. Orang ramai hanya perlu print kupon diskaun dan serahkan semasa membuat pembayaran.
Tawaran diskaun ini sah sehingga 20 Februari 2013. Sah di Bom Kitchen Keramat (Kuala Lumpur) dan Bom Kitchen Ipoh.
Muhammad bin Kamarulazizi
Wednesday, February 13, 2013
Tahun Baru Cina dan Perpaduan
Baru-baru ini cuti panjang dan ramai berpeluang untuk pulang ke kampung halaman. Tahun Baru Cina ini merupakan antara salah satu perayaan yang mendapat dua hari cuti di negara kita. Setiap perayaan ini melambangkan perpaduan dan keharmonian. Kita beruntung di Malaysia, semua dapat merayakan perayaan masing-masing tanpa sebarang halangan.
Negara kita unik, kerana kita terdiri daripada pelbagai jenis kaum. Hidup harmoni antara satu sama lain. Tahun Baru Cina ini amat sinonim dengan limau mandarin dan angpow. Setiap tahun saya akan terima buah limau mandarin sebagai hadiah daripada rakan yang berbangsa cina. Ada juga yang memberikan hadiah hamper malahan angpow. Sememangnya dari segi perayaan ini dapat mengeratkan lagi keharmonian sesama masyarakat. Jika kita lihat Hari Raya Aidilfitri, masyarakat Islam mengadakan rumah terbuka dan rakan-rakan semua dijemput hadir tidak kira yang beragama Islam atau beragama lain.
Perpaduan ini penting bagi memastikan negara kita hidup dengan aman dan damai. Kita dapat melihat para pemimpin kita yang berusaha untuk memupuk perpaduan melalui perayaan. Bagi saya, ini adalah usaha yang tidak harus dipertikaikan, walaupun terdapat juga beberapa pihak yang tidak setuju dengan usaha para pemimpin kita semasa perayaan Tahun Baru Cina baru-baru ini. Kita harus sedar, perpaduan itu adalah antara aset penting bagi sebuah negara. Biarpun ramai dikalangan masyarakat kita mempunyai fahaman yang berbeza, perpaduan itu tidak harus dieksploitasi untuk kepentingan sendiri.
Diterbitkan dalam Harian Metro 14 Februari 2013
Muhammad bin Kamarulazizi
Diterbitkan dalam Harian Metro 14 Februari 2013
Muhammad bin Kamarulazizi
Wednesday, February 6, 2013
Lambakan Berita Politik yang Tenat
"Listening to negative people can make you dumb" ~Anonymous
Tinggal sebulan sahaja lagi sebelum Mac 2013, tarikh yang dikatakan bakal berlangsung pilihanraya umum yang ke 13 di Malaysia. Berita berkenaan dengan parti politik semakin hangat di media massa terutama sekali di kaca televisyen dan juga di laman media sosial. Apabila lambakan informasi mengenai perihal politik negara ini semakin bertambah, maka info-info yang tidak tahu punca kesahihannya juga timbul.
Setiap pagi sebelum memulakan kerja, saya akan buka laman Facebook untuk melihat apa perkembangan terkini. Saya tertarik dengan rakan-rakan yang gemar berkongsi tentang kata-kata hikmah, motivasi yang dapat membantu saya memulakan hari dengan lebih semangat dan ceria. Namun begitu, akhir-akhir ini lebih ramai suka berkongsi tentang perihal politik. Semua kisah berkenaan dengan politik ini lebih cenderung kepada kutuk-mengutuk, caci mencaci dan segala perkara yang negatif. Apa yang mengejutkan, mereka yang dari latar belakang agama juga seperti hilang pendirian, dengan perkataan-perkataan yang digunakan jelas tidak menggambarkan imej yang ditonjolkan oleh mereka.
Hal sebegini amat menyedihkan. Informasi beredar dengan pantas, segala yang tidak baik seperti caci mencaci ini juga beredar dengan pantas. Lebih ramai yang memberi komen, dan masing-masing ingin berhujah seperti tiada penghujungnya. Dan semakin hari semakin ramai yang terlibat dalam wabak "politik" ini. Keadaan sebegini terbawa-bawa ke rumah menyebabkan fikiran menjadi sempit dan memberi kesan kepada orang sekeliling.
Bagi saya, saya terpaksa sorokkan rakan-rakan di dalam laman Facebook yang terlalu banyak menceritakan hal-hal politik, lebih-lebih lagi yang ke arah negatif. Bukan kerana saya tidak mahu mengetahui perkembangan lanjut tetang politik Tanah Air, tetapi lebih baik saya fokus kepada sesuatu yang dapat motivasikan diri saya. Tumpu kepada yang lebih positif yang juga secara tidak langsung dapat memberi kesan yang lebih baik kepada orang sekeliling kita. Nanti masa pilihanraya kelak, barulah kita laksanakan tanggungjawab kita bersama.
Diterbitkan dalam Harian Metro 7 Februari 2013
Diterbitkan dalam Harian Metro 7 Februari 2013
Muhammad bin Kamarulazizi